Sunday, November 29, 2009

Doa bala untuk Najib dan kuncunya betul dan tepat


"Isu DOA untuk musnahkan (bala) untuk perdana menteri Malaysia Datuk Najib dan kuncunya dalam Umno yang dibacakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Rakyat Kelantan adalah wajar dan tepat. Walaupun ditegur oleh ulama umno dan mufti Perak Tan Sri Harrusssani Zakaria yang satu waktu dulu terkenal mengatakan ribuan umat Islam keluar ugama Islam atau murtad. Tapi isu murtad hilang selepas mungkin "didoakan" oleh mufti tersebut dibawa arus dan tenggelam. Tidak ada penyelesaian isu murtad. Umat Islam dan generasi Islam hancur dan murtad sudah tidak menjadi isu nasional.

Seluruh akhbar arus perdana dan media tv dan eltronik serta media maya menghemtam Tuan Guru Datuk Nik Aziz menteri besar Kelantan keran berdoa bagi memusnahkan atau musibah pada perdana menteri Malaysia DS Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam umno.
Naib presiden Umno DS Dr, Zahid Hamidi menteri pertahanan Malaysia membidas kisah baca doa dengan menuduh Nik Aziz nyanyuk. Malah pemimpin Umno dan pengampu Umno ada yang berkelususan ugama menudah Nik Aziz sesat dan ulama sepatutnya tidak bertindak sedemikian.

Dalam hujah Ilmu Islam ada dua kumpulan ulama dalam dunia. Satu ulam yang jahat dan suka sangat mengambu kerajaan dan pemerintah demi perut dan kedudukan. Kedua ada ulam yang bail dan betul berdasarkan ilmu yang ada pada dirinya, Tidak megampu kerajaan dan mengeluarkan pendapat yang bertersakan alquran dan sunnah. Di Malaysia cukup banyak ulama atau orang yang ada ilmu islam bersekudukkan sekular dan Umno melawan Islam.

Isu doa yang yang war-warkan oleh pemimpin Umno, Tuan guru tetap mempertahankan doanya. Nik Aziz ada hujah yang cukup kuat. Umno dan Najib telah tipu seluruh rakyat Malaysia dan Islam dalam hal royalti minyak. Jelas Najid menipu dan merompak dan ada niat jahat .

sumber: tranungkite.net

kejamnya manusia sekarang... Anak itu amanah Allah





tetamu Allah...




ilmu(^_^)

15 musuh iblis



1) Nabi Muhammad s.a.w.

2) Imam yg adil

3) Org kaya yg rendah hati

4) Pedagang yg jujur

5) Org alim yg sembahyangnya khusyuk

6) Org beriman yg suka memberi nasihat

7) Org beriman yg pengasih

8) Org yg taubat dan tetap ats taubatnya

9) Org yg tdk mahu berbuat kemungkaran

10) Org beriman yg sentiasa berwudu'

11) Org beriman yg byk bersedekah

12) Org beriman yg berkelakuan baik

13) Org beriman yg memberi manfaat kpd org lain

14) Org yg mngamalkn dan terus mnerus membaca al - Quran

15 ) Org yg mnegakkn ibadat pd waktu mlm, sedangkn org lain tidur dgn nyenyaknya

Golongan yang manakah diri kita?

Siapakah orang yang sibuk?
-Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumannya?
-Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir senyuman.

Siapakah orang yang kaya?
-Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?
-Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada sentiasa menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?
-Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan....

Siapakah orang yang paling cantik?
-Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakarang yang mempunyai rumah yang paling luas?
-Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit?
-Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya...

Siapakah orang yang mempunyai akal?
-Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

maafkan ku...

seakan aku baru sahaja melihat dia tersenyum padaku,berbual denganku,dan mengucup dahiku, tetapi kini semuanya telah berlalu menjadi sejarah antara aku dan insan yang amat aku sayangi. aku diberi tempoh selama satu minggu menguruskan segala keperluannya,teringat aku kala dia mengusap kepalaku ketika aku sedang lena dibuai mimpi. dia tidak pernah memarahi aku,dia hanya menasihati aku. selama enam tahun aku meninggalkan dia tanpa berita,Allah memberi aku peluang menjaganya disaat akhir hayatnya. adakah cukup baginya bersamaku? adakah terubat segala rindu dihatinya? aku lemah aku tidak mengenang budi. ibu pernah memberitahuku ketika aku kecil aku selalu di dodoi olehnya. aku ditatang seperti minyak yang penuh, menjadikan adik beradikku yang lain merasa cemburu padaku. tika aku diberi peluang untuk menjaganya dia hanya ingin melihat aku di depan matanya. dan tika aku ingin melangkah pulang, matanya seolah tidak benarkan aku pulang, tetapi aku tidak mengendahkan pandangannya.. kini aku menyesal kerana aku tidak berada di sisi ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. dia pergi seorang diri tanpa ditemani oleh keluarga. dia pergi meninggalkan dunia ini dengan sedikit kenangan antara aku dan dia. lembut tanggannya membelai kepalaku,tak akan aku lupakan, kini aku hanya sendiri tanpa ditemani oleh teman yang lain. aku dahagakan kasih sayangnya, aku rindukan belaiannya, maafkan ku... akanku kirimkan doa padamu agar dirimu tenang bersama orang orang yang beriman..

Thursday, November 19, 2009

sepotong ayat Al Quraan pada bayi



MOSCOW ¿ Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

¿Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,¿ kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿¿

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

¿Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu,¿ kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. ¿ Agensi

Tentang kebenaran

Sebagai santapan rohani..selamat membaca..

Diceritakan di Hari Pembalasan kelak, ada seorang hamba Allah sedang diadili. Ia dituduh bersalah, menyia-nyiakan umurnya di dunia untuk berbuat maksiat. Tetapi ia berkeras membantah."Tidak. Demi langit dan bumi sungguh tidak benar. Saya tidak melakukan semua itu."

"Tetapi saksi-saksi mengatakan engkau betul-betul telah menjerumuskan dirimu sendiri ke dalam dosa," jawab malaikat. Orang itu menoleh ke kiri dan ke kanan, lalu ke segenap penjuru. Tetapi anehnya, ia tidak menjumpai seorang saksi pun yg sedang berdiri. Di situ hanya ada dia sendirian. Makanya ia pun menyanggah, "Manakah saksi-saksi yg kau maksudkan? Di sini tdk ada siapa kecuali aku dan suaramu." "Inilah saksi-saksi itu," ujar malaikat.

Tiba-tiba mata angkat bicara, "Saya yg memandangi." Disusul oleh telinga, "Saya yg mendengarkan." Hidung pun tidak ketinggalan, "Saya yang mencium dan menghidu" Bibir mengaku, "Saya yang merayu." Lidah menambah, "Saya yang berkata-kata" Tangan meneruskan, "Saya yang memegang dan menggenggam." Kaki menyusul, "Saya yang berjalan dan berlari."



"Nah kalau kubiarkan, seluruh anggota tubuhmu akan memberikan

kesaksian tentang perbuatan aibmu itu", ucap malaikat. Orang tersebut tidak dapat membuka sanggahannya lagi. Ia putus asa dan amat berduka, sebab sebentar lagi bakal dihumbankan ke dalam jahanam.

Padahal, rasa-rasanya ia telah terbebas dari tuduhan dosa itu.

Tatkala ia sedang dilanda kesedihan itu, sekonyong-konyong terdengar suara yg amat lembut dari selembar bulu matanya: "Saya pun ingin juga mengangkat sumpah sebagai saksi." "Silakan", kata malaikat. "Terus terang saja, menjelang ajalnya, pada suatu tengah malam yg lengang, aku pernah dibasahinya dengan air mata ketika ia sedang menangis menyesali perbuatan buruknya. Bukankah nabinya pernah berjanji, bahwa apabila ada seorang hamba kemudian bertaubat, walaupun selembar bulu matanya saja yg terbasahi air matanya, namun sudah diharamkan dirinya dari ancaman api neraka? Maka saya, selembar bulu matanya, berani tampil sebagai saksi bahwa ia telah melakukan taubat sampai membasahi saya dengan air mata penyesalan."

Dengan kesaksian selembar bulu mata itu, orang tersebut di bebaskan dari neraka dan diantarkan ke syurga. Sampai terdengar suara bergaung kepada para penghuni surga: "Lihatlah, Hamba Tuhan ini masuk syurga kerana pertolongan selembar bulu mata."

Firman Allah swt, "Demi masa, sesungguhnya manusia itu benar-benar berada di dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, yang ingat-mengingati supaya mentaati kebenaran, dan yang ingat-mengingati dengan kesabaran." Surah Al-Ashr

Wednesday, November 18, 2009

BERAT SIKSA orang yang mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran, tetapi caranya menyalahi perbuatannya

Firman Allah :
Apakah kamu menyuruh orang orang berbuat kebaikan, padahal kamu melupakan dirimu sendiri,sedangkan kamu membaca kitab,tidakkah kamu berakal? ( Al Baqarah 44 )

Firman Allah :
Hai orang orang yang beriman, mengapakah kamu berkata apa yang tidak kamu buat. Sungguh besar murka Allah jika kamu berkata apa yang tidak kamu perbuat. (As Shaf 23)

Firman Allah
:
Dan tiadalah saya menyalahi kamu,melakukan apa yang telah saya cegah kamu daripadanya
( hud 88 )

1. Abu Zaid ( usamah ) bin Zaid bin Haritsah r.a berkata : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : Seorang dihadapkan di hari Qiyamat. kemudian dilemparkan ke dalam neraka, maka keluar usus perutnya, lalu berputar putar di dalam neraka bagaikan himar yang berputar di sekitar penggilingan maka berkerumun ahli neraka padanya sambil berkata : hai Fulan, mengapakah engkau, tidakkah lkau dahulu menganjurkan kebaikan dan mencegah mungkar? Jawabnya : Benar, aku dahulu menganjurkan kebaikan, tetapi tidak saya kerjakan, dan mencegah mungkar tetapi saya kerjakan ( Bukhari dan Muslim )

Lihatlah bertapa teruknya siksa yang Allah akan beri pada orang yang hanya tahu berdakwah tetapi tidak melakukan apa yang dia dakwahkannya..

Tepuk dada tanyalah iman kita samaada, adakah kita tergolong dalam golongan ini..
jawapannya ada di hati pembaca yang budiman sekalian.

Tuesday, November 17, 2009

Renungkan bersama..

Nama sebenar : Hamba ALLAH
Gelaran : Insan
Asal : Tanah
Alamat : Planet bumi

Maklumat tentang perjalanan

Tempoh berlepas : Kehidupan dunia
Tempoh perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dari perut bumi
Destinasi : Akhirat
Masa berlepas : Ketika di datangi malaikat
Masa hadir : Ketika dan selepas nyawa dicabut
Bentuk tempahan : Tetap, pasti dan tidak berubah

Syarat-syarat perjalanan

Di tuju kepada semua penumpang.

Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan di dunia dan menuju ke akhirat.

Sila perhatikan ketua anda semua(pilot) yang dikhaskan iaitu malaikat maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam AL-QURAN dan hadis-hadis RASULULLAH serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah dirujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Barang yang di benarkan

1. 5 meter kain kafan
2. Kapas putih secukupnya
3. Muatan lain yang di benarkan :

¿ amal solah
¿ sedekah jariah
¿ anak solah yang mendoakan kedua ibubapanya
¿ ilmu yang bermanfaat

Perhatian muatan lain yang di tegah adalah tanggunggjawab penumpang.

Barang siapa yang tidak mematuhi akan di seksa.

Saat dan waktu berlepas

Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket,passport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap sedia setiap saat jika tidak mahu menghadapi sebarang kesulitan.

Diulang...

Tempahan perjalanan adalah tetap dan pasti, yang tidak perlu di ingatkan lagi. Tetapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis notis ini untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini. Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami untuk menabur khidmat kepada semua.

Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik, sesuai dengan firman ALLAH dalam surah AL-KHAFI:



¿Barang siapa yang mengharapkan perjumpaan yang baik dengan TUHANNYA, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik janganlah pula mensyirikan ALLAH dengan sesuatu."

Monday, November 16, 2009

Teguhkanlah keperibadian kita

Yakni jangan mudah mengenakan dan meniru ciri keperbadian umat lain. Kerana, itu akan menjadi petaka yang tidak mudah redha bagimu.Orang orang yang lupa dengan dirinya sendiri,suaranya,gerakan tubuhnya,ucapannya,kemampuannya dan keadaannya sendiri,kebanyakkan akan meniru budaya bangsa lain. Dan itulah yang disebut dengan melatah,mengada ada,berpura pura dan kehilangan jati diri

Sejak zaman Nabi Adam 'Alaihissalam hingga makhlik terakhir ciptaan Allah tidak pernah ada dua orang yang sama seperti rupanya. Maka,mengapa masih ada orang orang yang memaksa diri untuk menyamakn perilaku dan kepribadiannya dengan bangsa lain?

Kita merupakan sesuatu yang lain daripada lain; tidak ada seorang pun menyerupai kita dalam catatan sejarah kehidupan ini, belum pernah ada seorang pun yang diciptakan sama dan tidak pernah ada orang yang akan serupa dengan anda di kemudian hari.

kita sama sekali berbeza dari Zaid dan 'Amr. Kerana itu, jangan memaksakan diri untuk meniru keperibadian orang lain

Tetaplah berpijak dan berjalan pada keadaan dan perilaku kita sendiri

.... sesungguhnya tiap tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing masing... ( Al Baqarah : 60 )

Dan bagi tiap tiap umat ada arah (qiblat) yang masing masing menujunya: oleh itu berlumba lumbalah kamu mengerjakan kebaikan.... ( Al Baqarah : 148 )

Hiduplah sebagaimana kita diciptakan; jangan mengubah suara kita, dan jangan pula merubah cara jalan kita. Tuntunlah diri kita dengan wahyu ilahi,tetapi juga jangan meluoakan keadaan kita dan jangan membunuh kemerdekaan kita sendiri

Kita memiliki corak dan warna sendiri. Dan kita menginginkan agar kita tetap seperti itu; dengan corak dan warna kita sendiri, sebab kita diciptakan demikian. Kami mengenal kamu seperti itu maka:

Janganlah seseorang di antara kalian menjadi orang yang tidak berpendirian

Umat manusia dengan pelbagai macam tabiat dan wataknya seperti alam tumbuhan ; ada yang manis dan masam, dan ada juga yang panjang dan pendek. Dan seperti itulah seharusnya umat manusia. Jika kita seperti pisang, kita tidak perlu mengubah diri kita seperti jambu, sebab harga dan keindahan kita akan tampak jika kita menjadi pisang

Begitulah sesungguhnya perbezaan warna kulit, bahasa dan kemampuan kita masing masing merupakan tanda tanda kebesaran Sang Maha Pencipta. Kerana itu,jangan sesekali mengingkari tanda tanda kebesaran Allah S.W.T

Sunday, November 15, 2009

.:MUJAHADAH:.


Firman Allah :
Mereka yang berjuang untuk keredhaan kami, pasti kami tunjukkan jalan kami. Dan Allah tetap bersama orang yang berbuat baik ( Al Ankabut 69)

Firman Allah :
Taatilah (beribadatlah) kepada Tuhanmu sehingga mati (datanglah kepadamu keyakinan)
( Al Hijr 99 )

Firman Allah :
Siapa yang berbuat baik seberat zarah kebaikan niscaya akan melihat hasilnya ( Az Zilzal 7)

Firman Allah :
dan segala apa yang kamu usahakan untuk dirimu dari kebaikan,tentu kamu akan mendapatkannya di sisi Allah iaitu yang baik dan besar pahalanya ( Al Muzammil 20 )

Firman Allah :
Apa saja yang kamu lakukan dari kebaikan maka Allah mengetahuinya ( Al Baqarah 197 )

1. Abu Hurairah r.a berkata : Bersabda Rasulullah SAW :Sesungguhnya Allah telah berfirman : Siapa yang memusuhi seorang kekasihKu, maka Aku menyatakan perang kepadanya. Dan tiada mendekat kepadaku seorang hambaKu dengan sesuatu yang lebih Kusukai daripada menjalankan kewajibannya,dan selalu seorang hambaKu mendekat kepadaKu dengan melakukan sunat sunat sehingga kusukai Maka apabila Aku telah kasih padanya, akulah yang menjadi pendengarannya dan penglihatannya,dan sebagai tangan yang digunakannya dan kaki yang dijalankannya dan apabila ia memohon kepadaku pasto kukabulkan dan jika berlindung kepadaKu pasti kulindungi ( Bukhari )

Tidak sesuatu amal yang lebih utama daripada menunaikan kewajiban yang telah diwajibkan Allah,sedang segala perbuatan tambahan dari sunnat hanya penyempurnaan kekurangan kekurangan yang terjadi dari yang wajib.Dan orang yang telah dikasihi Allah maka semua gerak harkatnya dipimpin dan ditolong,dan kalau ada salahnya dimaafkan oleh ALLAH,bahkan dianggap semua itu seolah olah telah mendapat izin dari Allah, yang seolah olah terlepas tanggungjawab dari semua itu. Demikian kebesaran rahmat kurnia Allah yang tidak terbatas

2. Anas r.a berkata : Rasulullah SAW bersabda dalam apa yang dikatakan dari firman Allah : Jika seseorang hamba mendekati kepadaku sejengkal maka aku mendekatinya sehasta dan jika mendekati sehasta dan aku akn mendekatinya sedepa dan jika datang kepadaku berjalan Aku datang kepadanya berjalan cepat ( Bukhari )

3. Ibn'Abbas r.a berkata : bersabda Rasulullah saw : Dua nikmat yang kebanyakan manusia tertipu ( rugi ) olehnya iaitu sihat dan istirehat ( Bukhari )

Sebab kesihatan itu dapat dipergunakan untuk amal yang sangat berguna kerana itu jika tidak dipergunakan untuk demikian bererti telah tertipu (rugi),demikian waktu yang senggang jika tidak dipergunakan untuk amal yang membawa keuntungan sebesar besarnya bererti tertipu

4. Aisyah r.a berkata : Rasulullah saw bangun sembahyang di waktu malam, sehingga pecah pecah kakinya. Maka saya berkata : Mengapakan kau berbuat demikian ya Rasulullah, padahal Allah telah mengampuni dosa dosamu yang lalu dan yang kemudian. jawab Nabi saw : Tidakkah aku layak menjadi seorang hamba yang mengenali budi kebaikan (yang selalu bersyukur dan berterima kasih) ( Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat lain : bangun malam sehingga bengkak kakinya. Inilah ibadat yang terbesar nilainya iaitu ibadat untuk bersyukur dan jangan disangka bahawa dosa dosa yang telah diampuniitu sebagaimana dosa dosa yang biasa dilakukan oleh kita sebab sudah nyata bahawa Nabi telah terpelihara dari dosa dosa yang besar dan kecil

5. Abu Hurairah r.a berkata : Rasulullah saw bersabda : seorang yang lebih kuat iman,lebih baik dan lebih dikasihi Allah dari seorang mu'min yang lemah. Dan pada masing masing ada kebaikan sendiri.rajin rajinlah minta bantuan kepada Allah dan jangan lemah kemudian jika terkena sesuatu jangan sesekali mengatakan : Andaikan saya berbuat begini niscaya terjadi begini. sebaiknya kau harus berkata : Telah ditakdir Allah dan Allah berbuat sekehendaknya. kerana kalimat 'Andaikan" hanya memberi jalan bagi ganguan syaitan

Kalimat 'Andaikan' tidak menolong untuk mengurangi penderitaan, hanya akan menimbulkan kemenyesalan belaka

Sebaliknya kalimat telah ditakdirkan Allah, maka kalimat itu akan memutuskan godaan syaitan.sebab kalau kita telah mengetahui kegagalan itu oleh kekuasaan Allah maka kita tidak putus harapan untuk datangnya rahmat Allah dan di situ timbul jiwa optimis melanjutkan perjuangan baru yang mengenal dan bersandar pada rahmat Allah

Jika lemah lemah semangat untuk perjuangan hidup dan kebaikan,ketahuilah bahawa Sunnahtullah berjalan pada sekalian makhlukNya tidak membeza bezakan seseorang dari lainnya...

SEMOGA KITA BERSABAR DALAM BERMUJAHADAH

Saturday, November 14, 2009

kurang ajar!!!! semoga ALLAH sahaja yang dapat membalas perbuatan mereka



Inikah yang dinamakan pejuang Islam????

Firaun Manotheistik Amenhotep IV


Secara umumnya, firaun firaun Mesir adalah ganas, menindas, suka berperang dan tidak berhati perut.Mereka mempercayai agama politheistik dan menganggap diri mereka sebagai tuhan.Namun, didalam sejarah Mesir, terdapat seorang firaun yang berbeza daripada yang lain. Beliau telah mempertahankan agama yang mempercayai wujudnya hanya satu Pencipta. Beliau telah menerima tentangan hebat daripada paderi paderi Ammon yang memperolehi pelbagai manfaat daripada fahaman politheistik. Paderi paderi ini dengan dibantu oleh sekumpulan tentera telah membunuh firaun tersebut. Beliau adalah Amenhotep IV yang menaiki tahta pada kurun ke 14 M. Apabila Amenhotep IV menaiki tahta pada tahun 1375 SM, beliau telah menemui semangat konservatisme dan tradisionalisme yang berlegar selama beberapa kurun.Sehingga waktu itu, struktur masyarakat dan hubungan dengan istana berlangsung tanpa perubahan.Masyarakat telah menutup dan mengunci mati pintu pintu daripada perubahan yang datang dari luar termasuk sebarang inovasi keagamaan. Sikap konservatif yang keterlaluan ini turut direkodkan oleh pengembara purba Yunani adalah punca daripada keadaan alam semulajadi Mesir.Agama rasmi yang dikuatkuasakan oleh firaun memaksa para penduduk memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada semua unsur yang lama dan tradisional. Walau bagaimanapun, Amenhotep IV tidak menguatkuasakan agama rasmi tersebut. Ahli sejarah Ernst Gombrich menulis " Beliau ( Amenhotep IV ) telah memecahkan kebuntuan amalan amalan yang dianggap suci oleh tradisi yang sangat tua. Beliau enggan melayani berhala berhala pelik yang dibuat oleh rakyatnya.Baginya, hanya ada satu tuhan yang agong,Aton yang disembahnya dan dirupakan dengan bentuk matahari. Beliau kemudian menggelar dirinya Akhenaton bersempena nama tuhannya. Beliau telah memindahkan istananya jauh daripada paderi paderi yang menyembah banyak tuhan ke satu tempat yang hari ini dikenali sebagai El Amarna. Selepas kematian ayahandanya, Amenhotep IV yang masih muda remaja terpaksa menghadapi pelbagai tekanan. Tekanan tekanan ini berpunca daripada keinginannya menukar agama nenek moyang bangsa Mesir kepada agama monotheisme. beliau juga telah dikencam kerana hasratnya mengubah secara radikal bidang bidang kehidupan yang lain. para pemimpin Thebes telah tidak mengizinkannya menyampaikan risalah agamanya.Amenhotep IV bersama sama dengan keluarganya telah keluar daripada Thebes dan berpindah ke Tell-el-Amarna dan menetap disana. Di sanalah mereka mendirikan sebuah bandar yang baru dan moden dikenali sebagai " Akh-en-anon". Amenhotep IV telah menukar namanya yang bererti " kepuasan Amon " keapada Akh-en-aton yang bererti " menyerah diri kepada aton " Amon adalah nama yang diberikan kepada patung haiwan terulung di dalam agama politheisme Mesir. Menurut Amenhotep, Aton adalah " pencipta langit dan bumi " beliau menyamakan gelaran itu dengan ALLAH. paderi paderi Ammon tidak gemar dengan perkembangan ini dan menggunakan kemelesitan ekonomi yang melanda negara itu untuk merampas kuasa Amenhotep.Beliau akhirnya diracun oleh para konspirator. Firaun firaun lain selepasnya amat teliti dan mendengar segala nasihat daripada paderi paderi mereka. Firaun yang menggantikan akenaton memiliki kekuasaan ketenteraan. Ia juga menjadi punca semaraknya kepercayaan politheisme tradisional kerana mereka semuanya berusaha untuk kembali ke asal usul mereka. Hampir se abad selepas itu, Ramses II telah menaiki tahta dan menjadi firaun yang paling lama memerintah Mesir. menurut pandangan ramai ahli sejarah,beliaulah firaun yang menindas Bani Israel dan bergelut dengan Nabi Musa A.S

Friday, November 13, 2009

Pemimpin yang manakah yang akan membawa Malaysia ke negara Islam yang sebenar??




Tepuk dada tanyalah Iman masing masing

ilmu(^_^)

MALAM PERTAMA KITA


Satu hal sebagai bahan renungan Kita...Tuk merenungkan indahnya malam pertamaTapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semataBukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan HawaJusteru malam pertama perkawinan kita dengan Sang MautSebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudaraHari itu... mem pelai sangat dimanjakanMandipun...harus dimandikanSeluruh badan Kita terbuka....Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .Tak ada sedikitpun rasa malu...Seluruh badan digosok dan dibersihkan Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkanBahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...Itulah sosok Kita....Itulah jasad Kita waktu ituSetelah dimandikan.. ,Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putihKain itu ...jarang orang memakainya..Karena sangat terkenal bernama KafanWangian ditaburkan kebaju Kita...Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkanTataplah.... tataplah. ..itulah wajah KitaKeranda pelaminan... langsung disiapkanPengantin bersanding sendirian...Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetanggaMenuju istana keabadian sebagai simbol asal usulKita diiringi langkah longlai seluruh keluargaSerta rasa haru para handai taulanGamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah DzikirAkad nikahnya bacaan talkin....Berwalikan liang lahat..Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tiba duluanSiraman air mawar.. pengantar akhir kerinduanDan akhirnya.... tiba masa pengantin..Menunggu dan ditinggal sendirian,Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupanMalam pertama yang indah atau meresahkan..Ditemani rayap-rayap dan cacing tanahDi kamar bertilamkan tanah..Dan ketika 7 langkah telah pergi.....Sang Malaikat lalu bertanya.Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....Saya hampir membuang email ini namun saya telah diberi kesabaran untukmembacanya terus hingga ke akhir.Mengapa mudah sekali membuang email agama tetapi bangga mem "forward"kan email yang tak senonoh? Astaghfirullah. ..Marilah membuat keseimbangan dalam kehidupan kita, sebelum kita menujuke
''Malam Pertama Kita''

Doaku Pohon PadaMu Ya Ilahi...


Ya Allah

aku ingin menjadi seorang muslimah yang pintar

jadikanlah aku seperti Siti Aisyah yang bijaksana


Ya Allah

aku ingin menjadi seorang Hafizah yang memahami setiap Kalam-Mu

jadikanlah aku seperti Ummu Waraqah yang tinggi ilmu Al Quraannya


Ya Allah

aku ingin menjadi seorang muslimah yang dermawan

jadikanlah aku seperti Siti Khadijah yang memberikan semua hartanya ke Jalan Mu


Ya Allah

aku ingin menjadi muslimah yang ingin menuju ke jalan kebenaran

jadikanlah aku seperti Ummu Ruman seorang Muhajirah yang solehah


Ya Allah, walaupun aku tidak mampu menandingi srikandi syurga itu

Engkau bantulah aku menjadi seorang muslimah yang kuat dalam menempuh semua

ujian di muka bumi ini..

Renungkan


"Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian"

Wednesday, November 11, 2009

KEBAHAGIAAN SEBENAR IALAH HIDUP DALAM IMAN


Orang orang yang sesungguhnya paling sengsara ialah mereka yang miskin iman dan mengalami krisis keyakinan. Mereka ini,selamanya akan berada dalam kesengsaraan, kepedihan, kemurkaan dan kehinaan.


" Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku maka sesungguhnya baginya adalah hidup yang sempit " ( Surah Toha : 124 )


Tidak ada sesuatu yang dapat membahagiakan jiwa,membersihkan dan menyucikannya,membuat tenang dan mengahalau kebimbangan darinya selain keimanan yang benar kepada Allah SWT, menurut pendapat pembangkang Allah yang sama sekali tidak beriman,cara baik untuk menenangkan jiwa adalah dengan bunuh diri. Menurut mereka, dengan bunuh diri orang akan dijauhkan dari segala tekanan,kegelapan dan bencana dalam hidupnya. Alangkah malangnya hidup yang miskin iman. Dan betapa pedihnya seksa dan azab yang akan dirasakan oleh orang orang yang melencong dari bimbingan Allah di akhirat nanti.


" Dan kami palingkan hati mereka dan pandangan mereka sebagaimana mereka telah tidak beriman kepada ( ayat ayat kami ketika datang kepada mereka ) pada awal mulanya dan Kami biarkan mereka meraba raba di dalam kesesatannya dengan bingung " ( Surah Al' am : 110 )


Kini, sudah tiba masanya dunia menerima tulus ikhlas dan beriman dengan sesungguhnya bahawa " TIADA TUHAN SELAIN ALLAH ". bagaimanapun, pengalaman dan ujian manusia sepanjang sejarah hidup dunia ini dari abad ke abad sudah membuktikan banyak hal menyedarkan akal bahawa berhala berhala itu adalah tahyul, kekafiran itu punca malapetaka, pembangkang itu dusta, para rasul itu benar adanya dan Allah itu adalah pemilik alam ini


INGATLAH BAHAWA HIDUP AKAN TERASA HAMBAR JIKA HATI KITA TANPA IMAN


Setakat mana, kuat atau lemah, hangat atau sejuk iman anda maka setakat itu pula kebahagiaan, ketenteraman, kedamaian dan ketenangan anda


" Sesiapa yang beramal soleh, dari lelaki atau perempuan, sedang ia beriman maka sesungguhnya Kami akan menghidupkan dia dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya kami akan membalas mereka, dengan memberikan pahala yang lebih dari apa yang mereka kerjakan " ( Surah An-Nahl : 97 )


Tujuan hidup yang baik ( hayatan toyyibah ) dalam ayat ini adalah ketenangan jiwa mereka disebabkan janji baik Tuhan mereka, keteguhan hati mereka dalam mencintai Zat yang menjadikan mereka, kesucian nurani mereka dari unsur unsur penyimpangan iman, ketenangan mereka dalam menghadapi setiap kenyataan hidup, kerelaan hati mereka dalam menerima dan mengharungi ketentuan Allah dan keikhlasan mereka menerima takdir. Dan itu semua adalah kerana mereka benar benar yakin dan ikhlas menerima bahawa Allah adalah Tuhan mereka, Islam agama mereka dan Muhammad adalah nabi dan rasul yang diutuskan Allah untuk mereka

Thursday, November 5, 2009

Malu tapi mahu meminta syurga


Entah kenapa malam itu tempat itu lapang sekali. Tiada kesibukan kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir.Seseketika bunyi dengusan nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis,namun perlahan cuma.


Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al Quraan bagai melodi sungguh mengasyikkan. Aku masuk ke dalam taman itu bagai sandera yang pasrah.kubawa hatiku yang rawan,fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan mampu berpura pura lagi. Inilah diriku wahai Ilahi.... Tidak punya kesucian,tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapt berselindung,KAU Maha Tahu segala. Mengapa takdirnya aku ke sini? ke Daerah suci di bawah bayu syurga. Dingin,nyaman dan tenang,istirehat seketika di jalan mujahadahku yang derita. Bukan kerana kebaikanku,tetapi kerana kasih sayang-Mu,yang membawa aku di sini. kau izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita. Benar kata-Mu seperti yang ku dengar sejak dulu,keampunan-Mu sentiasa mendahului murka-Mu kucecahkan dahi di hamparan hijau itu. Seakan kutuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Kunafikn licik dan stategik yang pernah detik di minda. Fikrah inilah yang menciptakan dosa demi dosa. sesah akal ini ya Allah,palu akal ini ya Rahman,dengan belantan inzar dan tazkirah-Mu. Fikrah sudah letih belayar tanpa arah. Sujud dan ruku' aku disana menelanjangkan segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu,KAU pun tahu. Namun,itulah wadah tanpa menyerah, aku " ABDULLAH".. aku HAMBA ALLAH.. Aku pasrah.. Aku kalah.. Cintaku sekelumit cuma,hampir tiada. Saat ini aku hanya berbekal harapan. Benteng akhir ku hanya tidak berputus asa. Kata Kekasih-Kekasih-Mu selalu memujuk aku : Kejahatan yang menyebabkan kau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. Dalam rasa malu,takut dan harap,masih memberanikan diri untuk meminta lagi. Lalu di malam itu,di raudhah itu,kucatatkan gugusan permintaan satu demi satu melalui puisi hati kubiarkan pena menari,mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu aku tetap memninta syurga YA LATIF BERIKAN AKU HATI YANG LAIN YAKNI HATI YANG LEBIH YAKIN HATI YANG LUNAK.. AGAR MAMPU AKU MENCINTAI-MU . Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapat ku luahkan segala dan semua seakan tercabut "tulang" yang mengait dlam sanubari sekian lama Namun tiba jua saat berpisah,aku terpaksa melangkah. Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu.. sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu AKU DAMBAKAN KEBAIKAN.. YANG MELAHIRKAN KEBAIKAN AKU POHON KETENANGAN YANG MEMBERI KETENANGAN PINGGIRKAN SEGALA SENGKETA HAMPIRKAN SEMUA CINTA TANPA DENDAM TANPA PRASANGKAJIKA BENAR YANG KAU AJUKAN PERMINTAAN DI RAUDHAH ITU HANYA ALLAH