Thursday, December 30, 2010

Untukmu Wahai Wanita Solehah


Rasulullah SAW, bersabda “Dunia adalah kesenangan sementara. Dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita (istri) shalihah.” (HR.Muslim)

Wanita Solehah adalah pilihan Allah di dunia ini. Sifat-sifat mereka telah dipuji oleh Allah di dalam firman-Nya. “Sesungguhnya lelaki dan wanita yang muslim, lelaki dan wanita yg mukmin, lelaki dan wanita yang taat, lelaki dan wanita yang khusyu’, lelaki dan wanita yang bersedekah, lelaki dan wanitayang memelihara kehormatannya, lelaki dan wanita yang banyak meyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar.” (Al-Ahzab:35)

Rasulullah SAW. bersabda, “Wahai sekalian wanita, sesungguhnya yang paling baik diantara kalian akan masuk surga sebelum orang yang terbaik di kalangan lelaki. Mereka akan mandi, dan memakai minyak wangi dan menyambut suami-suaminya diatas keledai-keledai merah dan kuning. Bersama mereka anak-anak kecil. Mereka seperti batu permata yang berkilauan.” (Abu Syaikh)

Wanita solehah adalah anugerah yang luar biasa dari Allah. Rasulullah SAW. bersabda, “Diantara kebahagiaan anak adam, terdapat di dalam tiga hal, yaitu: wanita yang salihah, rumah yang baik dan kendaraan yang baik.” (ahmad). Sabda beliau yang lainnya, “Barang siapa diberi rezeki olehAllah seorang wanita yang salihah, maka Allah telah menolong separuh imannya. Karenanya bertakwalah kepada Allah untuk separuh yang lainnya.” (Thabrani, Hakim)

Demikian mulia seorang wanita solehah sehingga Abu Sulaiman Ad-Darani rah.a berpendapat, “Istri yang solehah bukan termasuk dunia karena istri itu menjadikanmu tempat (beramal demi) akherat”. Dan Muhammad bin Kaab berkata mengenai firman Allah, “Wahai rabb kami, berikanlah kami kebaikan di dunia.” (Al-Baqarah:201), bahwa itu adalah istri yang salihah.

Imam Dailami rah.a meriwayatkan bahwa wanita solehah akan di sebut-sebut oleh ahli langit sebagai ’syahidah’. Dan mereka sangat dirindukan oleh penduduk bumi dan langit. Bahkan ikan2 di lautan pun dengan senang hati mendoakan rahmat dan magfirah bagi mereka.

Tuesday, December 28, 2010

Tangisilah Diri Sendiri

Pada suatu hari Sa'id bin Musayyib masuk kedalam Masjid Nabawi di Madinah. Dia lalu menoleh ke kiri dan ke kanan sambil mengingat-ingat siapa sahaja para tabi'in yang telah bertemu dengan para sahabat Rasulullah SAW, kemudian dia menangis sambil berkata

"Bukankah para pengawal telah pergi sedangkan mereka telah mengislamkanku. Aduhai betapa sedihnya kehilangan para pengawal itu. Kini mereka telah berangkat ke pusara hingga membuatku pilu. Aduhai betapa sedihnya kehilangan orang orang yang warak dan orang orang pilihan."

setelah mengucapkan syair tersebut, terdengar suara yang sangat menyedihkan pula yang datangnya dari sudut masjid, suara itu berkata

" Janganlah kamu memikirkan tentang orang orang itu lagi kerana mereka telah pergi. Tangisilah dirimu sendiri sampai mati. sesuatu yang pasti akan datang kepada suatu golongan. Yang akan memisahkan kebersamaan mereka"

Kemudian Sa'id bin Musayyib berkata " siapakah kamu. Kamu hanya menambah kesedihanku sahaja!" suara itu menjawab " Aku adalah dari golongan jin yang beriman. Dahulu di masjid ini kami berjumlah tujuh puluh orang, kemudian datanglah maut kepada golongan kami sebagaimana dia juga datang kepada golongan kamu. dari golongan tidak ada lagi yang tersisa kecuali aku saja sebagaimana tidak ada lagi yang tersisa dari golongan kamu kecuali kamu sahaja, dan sesungguhnya kita tentu akan mengikuti mereka."

Wednesday, December 15, 2010

Menjelang Wafatnya Umar Bin Khattab

Diriwayatkan dari Amr bin Maimun,bahawa dia berkata: "ketika Umar ditikan, dia berkata :" Wahai Ibn Abbas, cubalah engkau selidiki siapakah orang yang telah berusaha untuk membunuhku!" Tidak lama selepas itu Ibn Abbas datang memberitahukan:" Wahai Umar sesungguhnya orang yang berusaha untuk membunuhmu adalah al-Mughirah Ibn Syu'bah." Umar r.a berkata :" sesungguhnya Allah sendiri yang akan memeranginya, sebab aku telah memerintahkan perkara makruf kepadanya"

Kemudian beliau berkata lagi :" segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kematianku bukan di tangan orang muslim" . Semua orang pada waktu itu datang melihat keadaan Umar. Di antara mereka ada seorang pemuda. Ternyata pemuda itu yang membiarkan kainnya terurai sampai menyentuh tanah. Maka Umar berkata kepadanya " Wahai putera saudaraku,angkatlah bajumu, kerana hal itu dapat membuatkan pakaianmu menjadi kotor dan lebih menunjukkan ketakwaan kepada Allah SWT" Selepas itu ia berkata lagi " Wahai Abdullah bin Umar, pergilah kamu menemui Ummul Mukminin Aisyah. Katakan kepadanya, bahawa aku mengucapkan salam kepadanya, sebutkan saja namaku jangan sebut nama Amirul Mukminin.

Wahai Abdullah bin Umar,katakan kepada Ummul Mukminin bahawa aku meminta izin agar dibolehkan dikuburkan disamping kedua sahabatku". Tidak lama kemudian Abdullah Bin Umar berangkat menemui Ummul Mukminin. Kemudian kembali menemui ayahnya dan berkata " Wahai ayah, sesungguhnya Aisyah telah mengizinkan permintaanmu itu"

Umar berkata " Alhamdulillah,tidak ada suatupun yang aku inginkan melebihi hal ini,kerana aku akan dikuburkan di samping sahabatku Rasulullah SAW dan Abu Bakar As Sidiq. jika nanti aku mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana' ini, maka bawalah aku, kemudian ucapkanlah salam dan katakan sekali lagi, bahawa Umar sudah meminta izin. Jika ia mengizinkan, maka kuburkanlah aku disana, akan tetapu jika ia menolak, maka kuburkanlah aku diperkuburan kaum muslimin."

Thursday, December 9, 2010

Serahkan umurmu kepada Allah

Anak gadis itu bernama Fauziah,diapun telah bertunang dengan seorang pemuda yang sangat tampan. Tali percintaan mereka sudah berlangsung lama, dan masing masing telah bersedia menempuh alam rumahtangga. Akan tetapi orang tua Fauziah kurang setuju, kerana Abbas adalah pemuda yang belum mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyara kehidupan mereka berdua, manakala sudah berumahtangga

sangat sedih hati Fauziah memikirkan halangan itu. Abbas bukannya tidak mahu mencari pekerjaan, akan tetapi memang nasibnya belum baik. Di kota Baghdad yang sangat ramai itu, tidak ada sebuah kedai pun yang mahu menerimanya sebagai pekerja. Padahal Fauziah dan juga Abbas sendiri sangat rajin bangun tengah malam mengerjakan solat dan berdoa.

Fauziah mohon kepada Allah supaya dilembutkan hati orang tuanya dan juga berdoa supaya kekasihnya memperolehi pekerjaan yang sesuai. Namun doa ini belum dimakbulkan oleh yang maha kuasa. Bahkan pada suatu hari pada bulan Zulhijjah, tanpa setahu gadis itu, orang tuanya telah menerima pinangan dari seorang saudagar tua.

Alangkah terkejutnya Fauziah menerima berita itu, maka ia lebih tekun lagi bangun malam serta lebih khusyuk dalam berdoa. Dia memohon kepada Allah supaya saudagar tua itu membaalkan niatnya. Namun doa Fauziah belum terkabul. Bahkan saudagar tua itu meminta supaya perkahwinan dilangsungkan secepat mungkin, kerana dia ingin membawa istrinya ke Basrah untuk berniaga.

Selaku anak yang rajin beribadah dan termasuk ke dalamm golongan anak anak yang solehah, Fauziah tidak mahu menyakitkan hati orang tuanya. Ia terpaksa mengikut pilihan ayahnya itu tanpa mengemukakan alasan. Fauziah telah menjadi isteri Abdullah seorang saudagar kaya. begitu sahaja Fauziah menyaksikan suaminya, hatinya terubat, kerana suaminya bukanlah saudagar yang tua umurnya akan tetapi hanya tua pengalamannya. Abdullah masih sebaya dengan Abbas kekasihnya itu.

Selesai kenduri perkahwinan yang dilangsungkan dengan meriah, maka berangkatlah pasangan pegantin baru tersebut menuju kota basrah dengan membawa barisan kafilah yang sangat panjang. Alangkah bahagianya hidup Fauziah bersama suaminya yang sangat penyayang itu.Tidak berapa lama sudah berpindah ke negeri yang baru, Fauziah mendengar berita dari orang tuanya, bahawa Abbas bekas tunangnya itu telah ditangkap oleh pihak penguasa. Rupanya Abbas yang kelihatan halus budi pekertinya itu ternyata perompak besar. kalau pada malam hari ia bangun bukan untuk mengerjakan solat seperti yang diceritakan pada Fauziah, melainkan merompak kafilah atau pedagang yang lalu di tempat sepi. Begitu juga pada waktu siangnya, dia bukan sibuk mencari pekerjaan tapi bermain judi seharian sehingga betapa pun besar hasil rompakannya, semua dihabiskan dimeja judi.

Demikianlah akhirnya Fauziah merasa syukur dan berterima kasih kepada ayahnya yang telah memilih suami yang benar benar bertanggungjawab terhadap dirinya dan anak anaknya. Kini anaknya pun sudah ramai. Orang tuanya telah meninggal dunia dengan tenang. setiap kali dia mengerjakan soalt, ia tidak lupa berdoa untuk orang tuanya, semoga orang tuanya ditempatkan bersama orang orang yang diredhai oleh ALLAH SWT

Sebulan selepas ayahnya meninggal dunia, kini suaminya pula menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan meninggalkan anak bongsu yang berumur 12 tahun. betapa sedihnya hati Fauziah, apalagi ketika mengingat suami pilihan ayahnya itu adalah seorang yang setia dan penyayang. Berhari hari lamanya dia mencucurkan airmatanya, sedangkan badannya sendiri pun mulai sakit. Telah banyak tabib mengubatnya, akan tetapi penyakitnya itu belum sembuh. Urusan perniagaan suaminya diteruskan oleh anak sulongnya, dan ternyata keuntungannya perniagaanya makin bertambah besar. kekayaan makin melimpah ruah. Cuma kalau penyakitnya, Fauziah sangat bimbang kalau kalau meninggal dalam usia yang muda. Maka semakin rajin ia bangun untuk mengerjakan solat malam dan sebelum ia berdoa untuk dirinya sendiri, ia mendahulukan berdoa untuk suaminya dan kedua orang tuanya.

Di dalam doanya tersebut seakan akan ia mengajukan tuntutan kepada Tuhan " Ya Allah, Engkau menjamin dalam firmanMu bahawa Engkau akan mengabulkan doa hamba hambaMu. selama ini doaku selalu Engkau tolak walaupun aku panjatkan khusyuk dan patuh kepadaMu. maka sekali ini aku mohon kepadaMu, kabulkanlah doaku janganlah Engkau cabut nyawaku secara terburu buru, panggillah aku ke hadratMu kalau aku sudah tua nanti " berhembus angin malam yang dingin mengiringi doanya. Besok paginya tiba tiba datanglah seorang nenek tua bertamu kerumahnya. Hati Fauziah berkata kepada Tuhannya " Ya Allah,panjangkanlah umurku seperti umur nenek tua ini "

Lalu Fauziah memanggil nenek tua yang datang untuk mengemis itu dekat dengannya. dengan hormat disuruhnya nenek tua itu duduk. Disuruhnya anaknya menyiapkan makanan yang lazat untuk dihidangkan kepada nenek tua tersebut. Dengan pandangan yang berkilauan, nenek tua itu sangat senang nampaknya. Namun alangkah terkejutnya Fauziah melihat nenek tua itu. Tangannya mengigil ketika mengangkat sudu dan makanan itu bukan dimasukkan ke dalam mulut,akan tetapi masuk kedalam mata dan hidungnya. begitulah berlangsungnya beberapa kali sampai makanan yang dipiring habis. setelah itu nenek tersebut bangun. ditempat nenek itu duduk, berselerakan najis.

Maka Fauziah berkata dalam hatinya " Ya Allah ternyata umur yang tidak terlalu tidak baik, maka aku batalkan doaku yang terdahulu Ya Allah " Seketika itu juga nenek tadi tersenyum kepada Fauziah dan berkata " itulah bukti bahawa Allah maha pemurah kepadamu. tidak bererti bahawa doa yang tidak dikabulkan adalah tanda ketidak adilan Allah. Aku adalah Izrail yang pada hari ini bertugas untuk memanggilmu menuju keindahan dan kenikmatan yang lebih abadi, disana telah siap menanti kedua orang tuamu yang selalu engkau doakan, dan suamimu yang engkau cintai " Maka berangkatlah Fauziah pada hari itu menuju ke tempat peristireharan yang terakhir menghadap Allah SWT denganperasaan yang tenang dan bahagia