Wednesday, November 3, 2010

Ya Allah

Hati manusia sering dilanda kesedihan kegembiraan dan kekecewaan, itula lumrah kehidupan manusia, Hanya Allah saja yang tahu apa yang ada disebalik semua itu. kadang kadang diri kita sendiri tidak boleh menafsir diri sendiri, hakikat seorang manusia yang tidak boleh menipu diri sendiri. Allah memberi kita hati dan perasaan untuk merasa kasih sayang dan cinta terhadapNya supaya kita lebih dekat padaNya, etapi hati dan perasaan itu juga dia beri pada kita untuk merasa kasih sayang dan cinta sesama manusia agar kita boleh mengeratkan lagi tali persaudaraan dan ukhwah terhadap sesama manusia agar kita tidak berpecah belah, tapi sebagai manusia kita sering alpa dengan suruhannya. dan meletakkan kebencian itu menguasai diri kita, seringkali kita mempunyai perasaan tidak berpuas hati,berfikiran negatif dan bermacam lagi. itu juga adalah asam garam dalam dunia ini yang mempunyai pelbagai jenis ragam dan sifat manusia yang berbeza beza, tapi ALLAH itu maha kaya, maha mengetahui, maha penyayang dan maha pengampun, walaupun kita berbuat macam macam dosa, tapi pintu taubat masih lagi terbuka kepada sesiapa sahaja yang ingin kepadaNya kembali, Dia sedikit tak pernah kedekut dengan hambaNya, tidak pernah Allah meninggalkan kita saat kita keseorangan, tidak pernah Dia tidak menurunkan rezki pada kita walaupun kita selalu melanggar suruhannya, tetapi dia tidak pernah menarik semua kemewahan yang ada pada dunia ini, tapi kita ini sering lupa diri, leka saja dengan dunia, bergelak tawa, berjenaka, dan bermacam macam lagi. Ya Rabbi, diri ini sangat kerdil dihadapan kebesaranMu. mungkin tidak terhitung dosa diri ini pada diriMu, pada ibu bapa, pada sahabat sahabat dan muslimin dan muslimat. sesungguhnya aku adalah hambaMu yang sering lalai dengan suruhanMu, aku adalah hamba yang lena dibuai kemewahan dunia, aku hamba yang lalai dengan hati dan perasaan dan aku hamba yang selalu mengikut nafsu yang menginginkan semua kemewahan itu, bila terjatuh menyembah bumi baru bibir ini mengungkap asma'Mu Ya Allah, baru aku teringatkan akan DiriMu wahai Tuhanku. Ampunkahla aku terimala taubatku sesungguhnya Engkau pengampun dosa Ya Allah.. pengangilah hati ini saat hati ini mula lalai Ya Allah, bimbinglah diri ini saat diri ini memerlukan bimbingan dariMu Ya Allah...

Monday, October 11, 2010

Prihatin terhadap umat Islam, tapi kurang prihatin terhadap ilmunya

Assalamulaykum pembuka bicara bagi semua pembaca, moga sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT,alhamdulillah setelah selesai mengulangkaji pelajaran tiba tiba teringat sesuatu perkara yang seing berlaku di universiti,kolej,institut, mahupun di sekolah, nak tahu apa dia, tentang bila kita menjadi tunjang dalam organisasi sesebuah persatuan ataupun program, selalunya perkara ini terjadi bagi kalangan orang yang menjawat jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.

betapa ramai akhwat dan ikhwan yang terjebak dalam permasalahan ini,sama ada sedar atau tidak sedar, aktiviti yang terlalu padat sehingga tidak sempat berthalabul ilm. waktuyang dia miliki terbatas oleh banyaknya amanah dan tanggungjawab yang harus dipikulnya.seolah olah hanya dia satu satunya akhwat au ikhwan di dunia ini. apatah lagi di kalangan penggiat kampus, yang terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti dan persatuan mahupun program. semua pekerjaan bermula sebagai setiausaha, pengarah program, bahkan pembimbing dan pelindung semua dia sapu. setuasi ini timbul mungkin disebabkan biro hanya pada papan organisasi tetapi tak ada satu pun yang melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada mereka. apabila mereka yang dilantik sebagai biro oraganisasi atau ahli jawatankuasa mengabaikan amanah,maka akan wujudlah keadaan ini. keadaan ini akan menyebabkan orang lain terpaksa melaksanakan tugas orang lain.

memang payah! kini dia mula merasa betapa dirinya telah cukup hebat. dengan kejayaan melaksanakan tugas sendiri serta tugas yang diabaikan oleh orang lain, membuatkan seseorang itu terasa hebat. lalau dia merasakan bahawa tidak perlu lagi menghadiri majlis ilmu untuk meningkatkan diinya aga menjadi lebih baik. padahal dengan ilmu inilah dia dapat menentukan kejayaan masa hadapannya.

tidak ada waktu yang terbuang,semuanya sudah dipenuhi dengan pekara kebaikan, sibuk, busy dan terus sibuk. kesibukan menyebabkan dia tidak sempat untuk melakukan muhasabah ilmu. membetulkan dan meningkatkan apa yang kurangdan menambah apa yang perlu ditambah.

buku yang tebal dan bagus hanya sempat terlihat kulitnya,tapi tidak pernah punya waktu untuk membaca dan menelaah isinya. ratusan keping cd ceramah, mp3 seminar dan pelbagai lagi bahan ilmu keislaman hanya tinggal dipandang saja, tidak pernah ada kesempatan mendengar dan menelaahnya

keadaan ini perlu diperhatikan,jangan sampai kita menjadi lilin yang memberi terang pada sesama manusia,namun luluh dan menghancurkan diri sendiri tanpa sisa,bersinarlah untuk umat,tetapi jangan lupakan waktu untuk menambah ilmu dan pengetahuan bagi tujuan kebaikan diri sendiri

Rasulullah SAW bersabda : " perkara pertama yang diangkat daripada manusia adalah amanah. perkara terakhir yang tersisa daripada agama mereka adalah solat.betapa banyak orang yang solat,namun tidak mendapat bahagian(pahala solat) disisi ALLAH SWT"

(HR Ath Thabarani)

moga dengan posting kali ini dapat menyedarkan apa yang selama ini kita tidak nampak pada diri kita, tepuk dada tanyalah IMAN kita.. semoga hidup kita sentiasa di dalam rahmatNya.. InsyaALLAH..

Sunday, October 10, 2010

Indah Tapi Tak Solehah

Assalamualaykum pembuka bicara bagi lembaran 2010 yang bakal berakhir tidak lama lagi. Posting kali ini adalah membicarakan tentang Indah tapi tak solehah, bunyinya macam keras sedikit tapi inilah hakikatnya manusia yang bergelar muslimah

Apabila kite memperkatakan tentang pemakaian tudung, pasti kita akan menemukan pelbagai kaedah dan gaya yang ditampilkan. pengayaan tudung yang berbeza beza dikalangan muslimah mengambarkan bahawa ada tiga kriteria para pemakaian tudung nak tahu apa dia wahai muslimah.. (^_^)

PERTAMA, Muslimah yang memakai tudung secara konsisten, mereka memakai tudung yang sesuai dengan tuntutan Al Quraan. mereka memakai tudung dengan menutup semua anggota badannya sebagaimana yang telah ditetapkan oleh agama. mereka juga memakainnya setiap saat baik ketika berada diluar mahupun dirumah. dan mereka hanya akan membukanya kepada muhrim sahaja. mereka juga sangat berhati hati dalam berpakaian, dan mereka benar benar menutup aurat sesuai dengan syariat. mereka bahkan mengenakan tudung kerana mengikut pandangan ulama tentang disyariatkannya bertudung

tingkat konsisten mereka terhadap amalan bertudung sangat tinggi, apapun resiko yang mengancam akan mereka hadapi dengan berani. mereka tidak pernah merasakan betapa syariat bertudung dianggap biasa dan remeh. Namun bagi mereka syariat bertudung adalah sesuatu yang wajib dilakukan sehingga membuat hati mereka tenang dan damai di dalam pengakuan Islam

Tidak pernah mereka merasakan tuntutan memakai tudung itu satu menyusahkan. sebaliknya bagi mereka itu satu kewajipan dalam usaha untuk meraih redha ALLAH

KEDUA para muslimah yang hanya memakai tudungnya pada ketika mereka keluar rumah saja namun bila di rumah tudungnya hilang entah kemana. Sehingga jiran jiran pon boleh tengok mereka tak bertudung ketika di rumah. ketika disekolah atau bekerja mereka mengenakan tudung tapi bila balik rumah tudung dah lesap kemana, sebahagian besar melakukan hal ini kerana ketidakmahuan dan ketidaktahuan. apa yang maksud ketidaktahuan Boleh jadi mereka ni memahami syariat bertudung hanya luar dari kawasan perumahan sahaja. mereka memahami bahawa wajibnya bertudung hanya ketika mereka berada di luar kawasan perumahan sahaja yang kedua faktornya boleh jadi ketidakmahuan, mereka tidak mahu dan tidak rela dianggap begitu alim, dianggap terlalu beragama, mereka masih ingin semuanya seperti kebebasan mereka ingin menunaikan tuntutan islam dan kemudiannya bertudung, tetapi pada sisi lain mereka tidak mahu masyarakat sekitar menilai bahawa mereka berubah dan terlalu alim

KETIGA muslimah yang memakai tudungnya hanya pada saat yang mereka inginkan saja. Itu pun mereka memakai hanya mengikut citarasa sendiri dan jauh dari sempurna. Mereka tidak menutup aurat sesuai dengan tuntutan Al Quraan dan memakai pakaian yang ketat sendat dan apa lagi

Bagi mereka tudung hanya berupa aksesori dan hiasan diri untuk kelihatan lebih menarik. bagi mereka bertudung bukan satu tuntutan yang wajib dipatuhi atas dasar ketaatan terhadap perintah agama. kalau berada dalam sebuah majlis yang memerlukan mereka bertudung, maka mereka akan memakai tudung. namun bila menghadiri majlis yang mengharuskan mereka untuk mengenakan pakaian terbuka, mereka juga tidak keberatan untuk melakukannya, mereka akan menanggalkan tudungnya dan memilih pakaian yang tak cukup kain dan salah beli saiz...

Muslimah seperti ini perlu di tarbiyah, perlu ditunjukkan pada mereka, bahawa dunia ini adalah bukan pentas lakonan yang boleh mereka memilih kostum. mereka wajib sedar betapa ALLAH memuliakan wanita dengan tudungnya, selama mana mereka ikhlas menira aturan itu dan tidak merasa beban, maka akan menjadi sebuah kebaikan bagi dirinya dan orang orang mengasihi dirinya

ok sekarang pembahasan ini tertuju pada mereka yang mengenakan pakaian muslimah namun masih jauh dari kesempurnaan. Muncul sebutan bertudung SEKSI, bertudung GAUL atau bertudung MODEN kerana ternyata mereka memang mengenakan tudung, semangatnya bertudung tidak sekuat mereka bertudung dengan perasaan yang redha dengan perintah ALLAH SWT

secara fizikal, mereka lebih menarik dan mempersonakan. Pada kebiasaannya muslimah dengan pakaian trendy akan selalu mengambil berat penampilan mereka usaha menentukan penampilan mereka didahulu secara terperinci dan sempurna. Tidak boleh cacat dan kurang pon. semua dilakukan dalam keadaan maksimum. jadual pergi ke salon pon selalu dipenuhi bagi melakukan semua rawatan dengan konsisten. namun pada penampilan islamik memang masih lagi dikira kurang dan masih jauh daripada garis panduan yang telah ditentukan agama

udung yang mereka kenakan tidak sesuai dengan tuntutan yang digariskan. mereka hanya berpendapat asal saja memakai tudung, itu sudah cukup. lebih tepat lagi asal menutup kepala. namun pakaian yang mereka kenakan begitu tipis dan ketat.. sebenarnya mereka melindungi rambut daripada pandangan umum,tetapi mendedahkannya bahagian tubuh yang lain kepada masyarakat sekeliling, ini tidak bertepatan dengan apa yang telah disyariatkan agama tentang isu penutupan aurat

" Hai Nabi, katakanlah kepada isteri isterimu, anak anak wanitamu dan isteri isteri orang mukmin, ' hendaklah mereka melabuhkan tudungnya ke seluruh tubuh mereka', yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, kerana itu mereka tidaj digangu. Dan Allah SWT adalah maha pengampun lagi maha penyayang" (Al Ahzab (33): 59)

Katakanlah kepada wanita yang beriman, " Hendaklah mereka menahan pandangannya dan kehormatannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang nampak daripadanya. dan hendaklah mereka menetupkan kain tudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan kecuali pada suami mereka, ayah mereka,atau ayah suami mereka atau anak anak lelaki mereka atau anak anak suami mereka atau saudara saudara lelaki mereka atau anak anak saudara lelaki mereka atau anak anak lelaki saudara wanita mereka atau wanita islam atau hamba hamba yang mereka miliki atau pelayan pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang merea sembunyikan, dan bertaubatlah kamu kepada ALLAH SWT wahai orang orang beriman supaya kamu beruntung (An nur{24}:31)

" Wahai Asma', sesungguhnya wanita apabila telah sampai kepada tanda kedewasaan, tidak boleh terlihat bahagian tubuhnya kecuali ini, baginda mengisyaratkan muka dan telapak tangannya

(HR Abu Dawwud, Syeikh Al Abani menghasankannya)

pun begitu, hari ini suasana sudah jauh berubah. sikap dan pemikiran wanita terhadap faktor faktor kecantikan juga banyak dipengaruhi oleh perkembangan tamadun kemanusiaan masa kini, hingga banyak batasan agama dilangkaui. semua ini berlak hanya semat mata kerana ingin mencapai kecantikan menurut syariat agama ISlam

keindahan menjadi ciri terperinci pada muslimah jenis ini. Mood dan trend busana menjadi kiblat pemakaian. majalah wanita terbaru menjadi rujukan tentang baju jenis apa yang harus dibeli dan baju macam mana yang harus ditinggalkan kerana telah ketinggaln zaman

semua selera berpakaian dan gaya diatur oleh peradaban barat atas nama trend. model rambut yang sedang popular, jenis baju apa yang sedang hangat menjadi perhatian, bahkan jenis seluar panjang potongan macam mana yang sedang digemari semuanya diatur dan diikuti

"Akan muncul diakhir umatku, wanita wanita yang berpakaian namun hakikatnya bertelanjang. diatas kepala mereka terdapat sesuatu (mirip) punuk unta. mereka tidak akan masuk syurga dan tidak juga akan mencium bauan syurga. padahal bau syurga dicium dari jarak sekian dan sekian (HR Muslim)

Bahkan tidak cukup dengan itu, larangan larangan dalam konteks berhias pun turut dilanggar ramai wanita masa kini, mencukur alis misalnya, betapa banyak wanita dan para ibu kita melakuakn hal itu, demi sebuah perkataan "CANTIK" Ya! agar setiap orang melihat merasa kagum dengan kecantikan kita. padahal mencukur alis termasuk perkara yang dilarang dalam berhias.

kecantikan bagi seorang muslimah memang sukar untuk dipisahkan sudah lumrah kehidupan seorang muslimah mahu kelihatan cantik tapi kita kena ingat syariat yang telah ditetapkan oleh agama untuk berhias, jangan ketepikan agama untuk cantik, kita akan lebih cantik kalau mengikut tuntutan agama.. TEPUK DADA TANYALAH IMAN KITA..

Sunday, December 20, 2009

Taubat

Taubat itu wajib dari tiap dosa. Maka jika maksiat itu hanya antara Allah, tiada berhubungan dengan hak manusia, ada tiga syarat taubat :

1. Harus menghentikan maksiat
2. Harus menyesal atas perbuatan yang telah terlanjur dilakukannya
3. Niat bersungguh sungguh tidak mengulangi perbuatan itu kembali

Dan apabila dosa itu ada hubungan dengan hak manusia maka taubatnya ditambah syarat yang ke empat iaitu

4. Menyelesaikan urusannya dengan orang yang berhak dengan meminta maaf atas kesalahannya dan kembalikan apa yang patut dia kembalikan

firman Allah : bertaubatlah kamu kepada Allah hai orang orang yang beriman,agar kamu beruntung (SURAH AN NUR : 31)

firman Allah : Hai sekalian orang yang beriman, taubatlah kamu kepada Allah deng bersungguh sungguh (SURAH AT TAHRIM : 8)

Abu Hurairah r.a berkata : Saya telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda : Demi Allah sesungguhnya saya membaca istighfdar dan bertaubat kepada Allah tiap hari lebih dari tujuh puluh kali ( Bukhari )

Al Agharr bin Yasar Al Muzany r.a berkata : Rasulullah bersabda : hai sekalian manusia, bertaubatlah kamu kepada Allah dan istighfarlah (mintalah ampun) kepadaNya maka sungguh saya bertaubat istighfar tiap hari seratus kali ( Muslim )

Demikian tuntunan Rasulullah SAW kepada kita ummat Islam yang percaya kepada ajaran dan tuntunanNya, sebab istighfar itu bagi manusia merupakan suatu perkara yang terbaik untuk taqarrub mendekatkan diri kepada Allah,sebab di situ ada pengertian pengakuan sebagai hamba yang lemah, disamping pengakuan terhadap kebesaran Allah dan kekuasaanNya yang mutlak tidak terbatas.

Anas bin Malik r.a berkata : bersabda Rasulullah SAW : sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hambanya,melebihi dari kesenangan seseorang yang menemukan kembali dengan tiba tiba untanya yang telah hilang daripadanya di tengah hutan ( Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat Muslim : sesungguhnya Allah lebih suka menerima taubat seorang hambaNya, melebihi kesenangan orang yang berkenderaan di hutan, kemudian hilang daripadanya sedang kenderaan itu penuh membawa bekal makanan dan minumannya, sehingga ia patah harapan untuk memdapatkannya kembali, lalu ia duduk di bawah pohon dengan kecewa dan putus asa tiba tiba ketika ia bangun dari tidurnya kenderaannya telah ada kembali di depannya lengkap dengan bekalan,maka segera ia pegang kendalinya sambil berkata : Ya Allah Engkau hambaku, dan aku tuhanmu keliru lidahnya kerana sangat gembira. ia akan berkata : Ya Allah Engkau tuhanku dan aku hambaMu. tetapi terbalik lidahnya sebagaimana diatas itu. Maka Allah lebih gembira menerima taubat seorang hambaNya melebihi kegembiraan orang yang menemukan kembali harapannya itu

Allah tidak pernah sekali menzalimi hambaNya yang bersungguh untuk bertaubat. sesungguhnya Allah maha mendengar, maha mengetahui dan Allah maha pegampun dan Allah jua pemilik hati setiap hati hambaNya.

Sunday, November 29, 2009

Doa bala untuk Najib dan kuncunya betul dan tepat


"Isu DOA untuk musnahkan (bala) untuk perdana menteri Malaysia Datuk Najib dan kuncunya dalam Umno yang dibacakan oleh Tuan Guru Datuk Nik Aziz dan Rakyat Kelantan adalah wajar dan tepat. Walaupun ditegur oleh ulama umno dan mufti Perak Tan Sri Harrusssani Zakaria yang satu waktu dulu terkenal mengatakan ribuan umat Islam keluar ugama Islam atau murtad. Tapi isu murtad hilang selepas mungkin "didoakan" oleh mufti tersebut dibawa arus dan tenggelam. Tidak ada penyelesaian isu murtad. Umat Islam dan generasi Islam hancur dan murtad sudah tidak menjadi isu nasional.

Seluruh akhbar arus perdana dan media tv dan eltronik serta media maya menghemtam Tuan Guru Datuk Nik Aziz menteri besar Kelantan keran berdoa bagi memusnahkan atau musibah pada perdana menteri Malaysia DS Najib Razak dan kuncu-kuncunya dalam umno.
Naib presiden Umno DS Dr, Zahid Hamidi menteri pertahanan Malaysia membidas kisah baca doa dengan menuduh Nik Aziz nyanyuk. Malah pemimpin Umno dan pengampu Umno ada yang berkelususan ugama menudah Nik Aziz sesat dan ulama sepatutnya tidak bertindak sedemikian.

Dalam hujah Ilmu Islam ada dua kumpulan ulama dalam dunia. Satu ulam yang jahat dan suka sangat mengambu kerajaan dan pemerintah demi perut dan kedudukan. Kedua ada ulam yang bail dan betul berdasarkan ilmu yang ada pada dirinya, Tidak megampu kerajaan dan mengeluarkan pendapat yang bertersakan alquran dan sunnah. Di Malaysia cukup banyak ulama atau orang yang ada ilmu islam bersekudukkan sekular dan Umno melawan Islam.

Isu doa yang yang war-warkan oleh pemimpin Umno, Tuan guru tetap mempertahankan doanya. Nik Aziz ada hujah yang cukup kuat. Umno dan Najib telah tipu seluruh rakyat Malaysia dan Islam dalam hal royalti minyak. Jelas Najid menipu dan merompak dan ada niat jahat .

sumber: tranungkite.net

kejamnya manusia sekarang... Anak itu amanah Allah





tetamu Allah...