Akhwat sejati bukanlah dilihat dari wajahnya yang manis dan menawan, tetapi daripada kasih sayangnya pada saudaranya dan orang di sekelilingnya. Pantang baginya membuka aurat, dan mempamerkan kepada sesiapapun, kecuali pada mahramnya. dan senantiasa menguatkan iltizamnya dan azamnya dalam berghadul bashar dan menjaga kemuliaan diri, keluarga serta agamanya
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada suaranya yang lembut dan mempersona, tetapi daripada lembut dan tegasnya tutur dalam mengatakan kebenaran. Dia senantiasa menjaga lisan dari ghibah dan namimah. Pantang baginya membuka aib saudaranya. Dia yang memahami dan merasakan betul bahawa ALLAH SWT senantiasa mengawasi segala tindak tanduknya
Akhwat sejati bukanlah dilihat daripada merdunya suara kala bertilawah al quraan dan banyaknya hadith yang dia hafal, tetapi daripada keteguhan dan istiqomahnya mengamalkan kandungan keduanya. Dia selalu berusaha mengajar pada yang belum memahaminya. Al Quraan dan As Sunnah dijadikan sebagai suluh penerang serta pijakan dalam menelusuri lorong lorong gelap kehidupan
Ya Rabbi, kutitipkan rindu untuk saudara seislamku.. jadikan kami yang selalu menghembuskan nafas nafas iman islamMu.. jadikan kami muslim yang soleh dan solehah yang selalu mendapat kasih sayangMu.. jadikan kami muslim yang sentiasa memanjangkan izzah addinMu Ya Allah, sayangilah cintailah ampunilah berkahilah dan masukkanlah kami dalam jannahMu
Gelap di Dunia xpe
-
Suatu malam, ketika ingin mengambil wuduk di bilik air, pabila nak buka
paip, tup, lampu terpadam. Hati tiba-tiba terasa seram sejuk jer. Pada
mulanya, d...
Malam Tak Tidur
-
Bila mata tidak terlelap,
Hati gundah gulana,
Kepala terpusing-pusing,
Terbayang-bayang wajah seseorang,
Bila jari mula menaip,
Terwarkah sebuah nota,
Tiada...
10 Tips ringkas menjadi Isteri solehah..
-
1) "Jalinkan hubungan dengan suamimu penuh ketaatan, perhatikan tempat
menjadi kesenangannya dan jangan sampai dia melihat kepada sesuatu yang
buruk ata...
0 comments:
Post a Comment