Thursday, November 5, 2009

Malu tapi mahu meminta syurga


Entah kenapa malam itu tempat itu lapang sekali. Tiada kesibukan kurang pergerakan. Semua tetamu seakan berteleku kaku dalam zikir dan fikir.Seseketika bunyi dengusan nafas dihela perlahan bersama rintihan. Ada suara esakan tangis,namun perlahan cuma.


Bunyi rintihan yang tertahan bersama alunan bacaan Al Quraan bagai melodi sungguh mengasyikkan. Aku masuk ke dalam taman itu bagai sandera yang pasrah.kubawa hatiku yang rawan,fikiran yang kelelahan dan nafsu yang masih liar. Aku tidak mahu dan mampu berpura pura lagi. Inilah diriku wahai Ilahi.... Tidak punya kesucian,tidak memiliki keindahan yang dapat aku persembahkan. Inilah diriku yang penuh cela dan noda. Tanpa dapt berselindung,KAU Maha Tahu segala. Mengapa takdirnya aku ke sini? ke Daerah suci di bawah bayu syurga. Dingin,nyaman dan tenang,istirehat seketika di jalan mujahadahku yang derita. Bukan kerana kebaikanku,tetapi kerana kasih sayang-Mu,yang membawa aku di sini. kau izinkan kaki dan hati yang berdosa ini singgah seketika bagi menatap jalur jalur cahaya dalam relung diri yang gelap gelita. Benar kata-Mu seperti yang ku dengar sejak dulu,keampunan-Mu sentiasa mendahului murka-Mu kucecahkan dahi di hamparan hijau itu. Seakan kutuang segala kabut dan serabut fikrah yang kusut. Kunafikn licik dan stategik yang pernah detik di minda. Fikrah inilah yang menciptakan dosa demi dosa. sesah akal ini ya Allah,palu akal ini ya Rahman,dengan belantan inzar dan tazkirah-Mu. Fikrah sudah letih belayar tanpa arah. Sujud dan ruku' aku disana menelanjangkan segala aib dan dosa. Tanpa aku mengadu,KAU pun tahu. Namun,itulah wadah tanpa menyerah, aku " ABDULLAH".. aku HAMBA ALLAH.. Aku pasrah.. Aku kalah.. Cintaku sekelumit cuma,hampir tiada. Saat ini aku hanya berbekal harapan. Benteng akhir ku hanya tidak berputus asa. Kata Kekasih-Kekasih-Mu selalu memujuk aku : Kejahatan yang menyebabkan kau menangis,lebih baik daripada kebaikan yang menimbulkan rasa takbur. Dalam rasa malu,takut dan harap,masih memberanikan diri untuk meminta lagi. Lalu di malam itu,di raudhah itu,kucatatkan gugusan permintaan satu demi satu melalui puisi hati kubiarkan pena menari,mencari makna dan kata hanya berpandukan rasa. Malam itu walaupun malu aku tetap memninta syurga YA LATIF BERIKAN AKU HATI YANG LAIN YAKNI HATI YANG LEBIH YAKIN HATI YANG LUNAK.. AGAR MAMPU AKU MENCINTAI-MU . Malam itu adalah malam yang paling panjang dalam sejarah hidupku. Dapat ku luahkan segala dan semua seakan tercabut "tulang" yang mengait dlam sanubari sekian lama Namun tiba jua saat berpisah,aku terpaksa melangkah. Pamitan pun berlaku dan gamitan pun berlalu.. sayu benar terasa ketika hatiku terus merayu AKU DAMBAKAN KEBAIKAN.. YANG MELAHIRKAN KEBAIKAN AKU POHON KETENANGAN YANG MEMBERI KETENANGAN PINGGIRKAN SEGALA SENGKETA HAMPIRKAN SEMUA CINTA TANPA DENDAM TANPA PRASANGKAJIKA BENAR YANG KAU AJUKAN PERMINTAAN DI RAUDHAH ITU HANYA ALLAH

0 comments:

Post a Comment