Saturday, November 14, 2009

Firaun Manotheistik Amenhotep IV


Secara umumnya, firaun firaun Mesir adalah ganas, menindas, suka berperang dan tidak berhati perut.Mereka mempercayai agama politheistik dan menganggap diri mereka sebagai tuhan.Namun, didalam sejarah Mesir, terdapat seorang firaun yang berbeza daripada yang lain. Beliau telah mempertahankan agama yang mempercayai wujudnya hanya satu Pencipta. Beliau telah menerima tentangan hebat daripada paderi paderi Ammon yang memperolehi pelbagai manfaat daripada fahaman politheistik. Paderi paderi ini dengan dibantu oleh sekumpulan tentera telah membunuh firaun tersebut. Beliau adalah Amenhotep IV yang menaiki tahta pada kurun ke 14 M. Apabila Amenhotep IV menaiki tahta pada tahun 1375 SM, beliau telah menemui semangat konservatisme dan tradisionalisme yang berlegar selama beberapa kurun.Sehingga waktu itu, struktur masyarakat dan hubungan dengan istana berlangsung tanpa perubahan.Masyarakat telah menutup dan mengunci mati pintu pintu daripada perubahan yang datang dari luar termasuk sebarang inovasi keagamaan. Sikap konservatif yang keterlaluan ini turut direkodkan oleh pengembara purba Yunani adalah punca daripada keadaan alam semulajadi Mesir.Agama rasmi yang dikuatkuasakan oleh firaun memaksa para penduduk memberikan kepercayaan yang tidak berbelah bagi kepada semua unsur yang lama dan tradisional. Walau bagaimanapun, Amenhotep IV tidak menguatkuasakan agama rasmi tersebut. Ahli sejarah Ernst Gombrich menulis " Beliau ( Amenhotep IV ) telah memecahkan kebuntuan amalan amalan yang dianggap suci oleh tradisi yang sangat tua. Beliau enggan melayani berhala berhala pelik yang dibuat oleh rakyatnya.Baginya, hanya ada satu tuhan yang agong,Aton yang disembahnya dan dirupakan dengan bentuk matahari. Beliau kemudian menggelar dirinya Akhenaton bersempena nama tuhannya. Beliau telah memindahkan istananya jauh daripada paderi paderi yang menyembah banyak tuhan ke satu tempat yang hari ini dikenali sebagai El Amarna. Selepas kematian ayahandanya, Amenhotep IV yang masih muda remaja terpaksa menghadapi pelbagai tekanan. Tekanan tekanan ini berpunca daripada keinginannya menukar agama nenek moyang bangsa Mesir kepada agama monotheisme. beliau juga telah dikencam kerana hasratnya mengubah secara radikal bidang bidang kehidupan yang lain. para pemimpin Thebes telah tidak mengizinkannya menyampaikan risalah agamanya.Amenhotep IV bersama sama dengan keluarganya telah keluar daripada Thebes dan berpindah ke Tell-el-Amarna dan menetap disana. Di sanalah mereka mendirikan sebuah bandar yang baru dan moden dikenali sebagai " Akh-en-anon". Amenhotep IV telah menukar namanya yang bererti " kepuasan Amon " keapada Akh-en-aton yang bererti " menyerah diri kepada aton " Amon adalah nama yang diberikan kepada patung haiwan terulung di dalam agama politheisme Mesir. Menurut Amenhotep, Aton adalah " pencipta langit dan bumi " beliau menyamakan gelaran itu dengan ALLAH. paderi paderi Ammon tidak gemar dengan perkembangan ini dan menggunakan kemelesitan ekonomi yang melanda negara itu untuk merampas kuasa Amenhotep.Beliau akhirnya diracun oleh para konspirator. Firaun firaun lain selepasnya amat teliti dan mendengar segala nasihat daripada paderi paderi mereka. Firaun yang menggantikan akenaton memiliki kekuasaan ketenteraan. Ia juga menjadi punca semaraknya kepercayaan politheisme tradisional kerana mereka semuanya berusaha untuk kembali ke asal usul mereka. Hampir se abad selepas itu, Ramses II telah menaiki tahta dan menjadi firaun yang paling lama memerintah Mesir. menurut pandangan ramai ahli sejarah,beliaulah firaun yang menindas Bani Israel dan bergelut dengan Nabi Musa A.S

0 comments:

Post a Comment