Diriwayatkan dari Amr bin Maimun,bahawa dia berkata: "ketika Umar ditikan, dia berkata :" Wahai Ibn Abbas, cubalah engkau selidiki siapakah orang yang telah berusaha untuk membunuhku!" Tidak lama selepas itu Ibn Abbas datang memberitahukan:" Wahai Umar sesungguhnya orang yang berusaha untuk membunuhmu adalah al-Mughirah Ibn Syu'bah." Umar r.a berkata :" sesungguhnya Allah sendiri yang akan memeranginya, sebab aku telah memerintahkan perkara makruf kepadanya"
Kemudian beliau berkata lagi :" segala puji bagi Allah yang telah menjadikan kematianku bukan di tangan orang muslim" . Semua orang pada waktu itu datang melihat keadaan Umar. Di antara mereka ada seorang pemuda. Ternyata pemuda itu yang membiarkan kainnya terurai sampai menyentuh tanah. Maka Umar berkata kepadanya " Wahai putera saudaraku,angkatlah bajumu, kerana hal itu dapat membuatkan pakaianmu menjadi kotor dan lebih menunjukkan ketakwaan kepada Allah SWT" Selepas itu ia berkata lagi " Wahai Abdullah bin Umar, pergilah kamu menemui Ummul Mukminin Aisyah. Katakan kepadanya, bahawa aku mengucapkan salam kepadanya, sebutkan saja namaku jangan sebut nama Amirul Mukminin.
Wahai Abdullah bin Umar,katakan kepada Ummul Mukminin bahawa aku meminta izin agar dibolehkan dikuburkan disamping kedua sahabatku". Tidak lama kemudian Abdullah Bin Umar berangkat menemui Ummul Mukminin. Kemudian kembali menemui ayahnya dan berkata " Wahai ayah, sesungguhnya Aisyah telah mengizinkan permintaanmu itu"
Umar berkata " Alhamdulillah,tidak ada suatupun yang aku inginkan melebihi hal ini,kerana aku akan dikuburkan di samping sahabatku Rasulullah SAW dan Abu Bakar As Sidiq. jika nanti aku mengucapkan selamat tinggal pada dunia yang fana' ini, maka bawalah aku, kemudian ucapkanlah salam dan katakan sekali lagi, bahawa Umar sudah meminta izin. Jika ia mengizinkan, maka kuburkanlah aku disana, akan tetapu jika ia menolak, maka kuburkanlah aku diperkuburan kaum muslimin."
-
0 comments:
Post a Comment