Tuesday, January 11, 2011

Adakah Ashabul Kahfi di Ephesus atau di Tarsus??

Di Ephesus


Terdapat banyak sumber yang menunjukkan ke arah pelbagai lokasi bandar tempat tinggal Ashabul Kahfi. Tujuan utamanya; para penduduk di tempat tempat yang berbeza ini ingin mempercayai bahawa pemuda pemuda yang berani itu berasal dari tempat mereka yang kebetulan mempunyai gua gua yang hampir sama dengan cerita Ashabul Kahfi. Sebagai contoh, di hampir semua tempat yang tersebut mempunyai binaan tempat sembahyang yang dibina bersebelahan gua gua tersebut.

Memang telah diketahui umu bahawa masyarakat Kristian amat menghormati Ephesus kerana dipercayai tempat tinggal Mariam yang suci berada di bandar ini yang kemudiannya telah berubah menjadi sebuah gereja. Jadi mereka beranggapan, kemungkinan besar Ashabul Kahfi pernah tinggal di bandar suci itu. Tambahan pula sumber sumber Kristian dengan yakin menunjukkan bahawa inilah tempat Ashabul Kahfi.

Sumber tertua mengenai perkara ini datangnya daripada paderi Syria yang bernama James dari Saruc (lahir pada 452 TM). seorang ahli sejarah terkenal, Gibbon telah menyebut banyak ungkapan daripada kajian James di dalam bukunya yang berjudul The Decline and Fall of the Roman Empire. menurut buku ini, nama Maharaja yang telah menyiksa tujuh pengnut Kristian yang masih muda hingga menyebabkan mereka lari menyembunyikan diri adalah Decius. Decius telah memerintah Empayar Rom antara 249-251 TM. Tempoh ini diingati sebagai tempoh penyiksaan ke atas pengikut pengikut Nabi Isa. Menurut mufassirin Islam,wilayah tempat kejadian ini adalah sama ada " Aphesus" atau Aphesos". Menurut Gibbon, nama tempat ini ialah Ephesus. Ia terletak di bahagian pantai barat Anatolia, sebuah kota yang memiliki pelabuhan dan bandar bandar terbesar didalam Empayar Rom. Pada hari ini kesan kesan peninggalan bandar ini dikenali sebagai " Kota Antik Ephesus"

Menurut para penyelidik Islam, Maharaja yang memerintah pada waktu Ashabul Kahfi dibangunkan ialah Tezusius,tetapi Gibbon berpendapat Mahajara tersebut ialah Theodosius II. Walau bagaimanapun,maharaja tersebut memerintah antara 408-450 TM,selepas Empayar Rom menganut agama kristian.

Sesetengah Mufassirin berpendapat pintu gua tempat bersembunyi Ashabul Kahfi mengadap ke arah utara dan sebab itulah cahaya matahari tidak dapat memasukinya. Inilah yang menyebabkan orang ramai yang lalu lalang di hadapan gua tersebut tidak perasan apa yang terdapat didalamnya. Ayat ayat Quraan itu menerangkan pekara yang berikut.

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri,sedang mereka berada di satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah tanda tanda(yang membuktikan kekuasaan) Allah. sesiapa yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali kali akan beroleh sebarang penolong yang dapa menunjukkan (jalan yang benar) kepadanya (Surah Al Kahfi:17)

Seorang ahli arkeologi benama Dr.Musa Baran juga mempercayai Ephesus adalah tempat tinggal Ashabul Kahfi seperti yang dinyatakan beliau didalam bukunya yang berjudul Ephesus. Beliau menambah:

Pada tahun 250 TM,terdapat tujuhorang pemuda yang tinggal di Ephesus telah memeluk agama kristian dan meninggalkan kepercayaan berhala. ketika mencari jalan untuk melepaskan diri mereka, pemuda pemuda ini telah menjumpai sebuah gua di cerun timur Gunung Pion. Tentera tentera Rom menemuinya dan membina pagar di lalua ke gua tersebut.

Pada hari, memang diketahu umum bahawa banyak binaan keagamaan telah didirikan diatas kesa kesan binaan dan kubur kubur lama disiti. Penggalian yang dijalankan oleh pihak Institut Arkeologi Austria telah menemukan kesan kesan bangunan yang dbina untuk Ashbabul Kahfi pada pertengahan abad ketujuh (ketika pemerintahan Theodosius II) dicerun timur Gunung Pion.


Di Tarsus


Tempat kedua yang dikatakan adalah tempat tinggal Ashabul Kahfi ialah di Tarsus. memang terdapat sebuah gua yang mirip dengan apa yang diterangkan di dalam Quraan yang terletak di sebuah gunung dibarat laut Tarsus yang dikenali sama ada sebagai Encilus atau Bencilus

Ada yang mengatakan bahawa Tarsus adalah lokasi yang sebenar datangnya dari para cendiakawan Islam. Salah seorang Mufassirin Quraan yang terkenal bernama At Tabari secara khususnya telah menamakan gunung yang terdapatnya gua tersebut sebagai " Bencilius" di dalam kitabnya yang bernama Tarikh al Umam. menurut beliau lagi, gunung tersebut terletak di Tarsus.

Seorang lagi Mufassirin Quraan yang terkenal bernama Muhammad Emin telah menyatakan bahawa gunung tersebut ialah Pencilius yang terletak di Tarsus.
Nama Pencilius kadang kala boleh disebut sebagai Encilius. menurut beliau, perbezaan pada kedua dua perkataan ini adalah disebabkan perbezaan sebutan huruf "B" atau kehilangan satu huruf daripada perkataan asal akibat proses " perkikisan perkataan silam"

Fakhruddin ar Razi, seorang cendiakawan Islam telah menerangkan didalam usaha bahawa " walaupun tempat ini dikenali sebagai Ephesus,namun niat asalnya ialah untuk disebut sebagai Tarsus kerana Ephesus adalah nama lain bagi Tarsus"

Tambahan pula, didalam tafsir tafsir Qadi Al Baidawi dan An Nasafi, Al Jalalayn dan At Tibyan,Elmali, dan O. Nasuhi Bilmen dan cendiakawan cendiakawan yang lain, tempat itu memang disebut secara khususnya sebagai " Tarsus". selain itu, kesemua mufassirin ini menerangkan perkataan ayat ke 17, "matahari ketika terbit,cenderung ke kanan dari gua mereka; apabila ia terbenam, meninggalkan mereka ke arah kiri",
dengan mengatakan bahawa mulut gua itu mengadap ke arah utara.

Kisah Ashabul Kahfi juga telah memenangi hati pemerintah Empayar Othmaniah dan beberapa kajian telah dijalankan mengenainya. Terdapat surat menyurat dan pertukaran maklumat mengenainya yang tersimpan di Arkib jabatan Perdana Menteri Othmaniah. sebagai contoh terdapat sepucuk surat yang dikirimkan kepada Perbendaharaan Agong Negara Othmaniah oleh penguasa tempatan di Tarsus, memohon secara resmi pemberian gaji kepada mereka yang terlibat membersihkan dan menguruskan gua Ashabul Kahfi. Sebagai jawapan,mereka dikehendaki mengesahkan kesahihan gua tersebut adalah gua Ashabul Kahfi.Penyelidikan yang dijalankan bagi tujuan ini adalah sangat penting dalam menentukan lokasi sebenar gua tersebut.

Di utara Tarsus didalam wilayah Adana terdapat sebuah gua diatas gunug yang jaraknya adalah dua jam daripada Tarsus,dan mulut gua tersebut mengadap ke utara seperti yang disebut dalam Al Quraan.

Pendebatan mengenai siapa sebenarnya Ashabul Kahfi, dimana mereka tinggal, bila mereka hidup, telah menggesaa pihak berkuasa menjalankan penyelidikkan dan pelbagai ulasan telah dibuat mengenainya. namun tida satu pun dari ulasan ulasan itu boleh dianggap jitu. oleh persoalan seperti: bilakah pemuda pemuda ini hidup dan dimanakah gua yang sebenar hanya ALLAH yang mengetahui jawapannya dan persoalan tersebut akan bekekalan tanpa jawapan yang substantif..

Wallahu 'alam

0 comments:

Post a Comment