Saturday, January 8, 2011

Ashabul Kahfi

Adakah engkau menyangka ( Wahai Muhammad ), bahawa kisah " Ashabul Kahfi " dan " Ar Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan diantara tanda tanda yang membuktikan kekuasaan kami ?

Surah Al Kahfi : 9

Begitula firman Allah SWT dalam surah kelapan belas dinamakan " Al Kahfi" yang membawa maksud "gua" menceritakan bagaimana sekumpulan pemuda yang mencari perlindungan di dalam sebuah gua daripada pemerintah yang menafikan Allah SWT dan bersikap zalim terhadap orang orang yang beriman. Ayat ayat yang menerangkan kisah ini adalah yang berikut

Adakah engkau menyangka ( Wahai Muhammad ), bahawa kisah " Ashabul Kahfi " dan " Ar Raqiim" itu sahaja yang menakjubkan diantara tanda tanda yang membuktikan kekuasaan kami ?

( ingatkanlah peristiwa ) tatkala rombongan orang orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa : Wahai Tuhan kami! kurniakanlah kami rahmat disisiMu,dan berikanlah kemudahan kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami"
Lalu kami tidurkan mereka dengan nyenyaknya dalam gua itu,bertahun,yang banyak bilangannya.

kemudian kami bangkitkan mereka (dari tidurnya) untuk kami menguji:siapakah dari dua golongan di antara mereka yang lebih tepat kiraanya,tentang lamanya mereka hidup (dalam gua itu)

Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar sesungguhnya mereka itu orang orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan kami tambahi mereka dengan hidayah pertunjuk

Dan kami kuatkan hati mereka (dengan kesabaran dan keberanian) semasa mereka bangun(menegaskan tauhid) lalu berkata : " Tuhan kami ialah Tuhan yang mencipta dan mentadbirkan langit dan bumi;kami tidak sekali kali akan menyembah Tuhan yang lain daripadanya; jika kami menyembah yang lainnya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran

(Mereka berkata pula sesama sendiri): " kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain selain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk makhluk yang mereka sembah itu?(tetapi mereka tidak dapt membuat demikian) maka tidak ada yang lebih zalim dari orang orang yang berdusta terhadap Allah.

"Dan oleh kerana kamu telah mengasingkan diri dari mereka dan dari apa yang mereka sembuh yang lain dari Allah,maka pergilah kamu berlindung di gua itu,supaya Tuhan kamu melimpahkan dari rahmatNya kepada kamu,dan menyediakan kemudahan kemudahan untuk (menjayakan) urusan kamu dengan memberikan bantuan yang berguna"

Dan engkau akan melihat matahari ketika terbit,cenderung ke kanan dari gua mereka; dan apanila ia terbenam,meninggalkan mereka ke arah kiri,sedang mereka berada dalam satu lapangan gua itu. Yang demikian ialah dari tanda tanda (yang membuktikan kekuasaan) Allah. sesiapa yang diberi hidayah pertunjuk oleh Allah, maka dialah yang berjaya mencapai kebahagiaan; dan sesiapa yang disesatkanNya maka engkau tidak sekali kali akn beroleh sebarang penolong yang dapat menunjukkan ( jalan yang benar ) kepadanya.

Dan engkau sangka mereka sedar, padahal mereka tidur; dan kami balik balikkan mereka dalam tidurnya ke sebelah kanan dan ke sebelah kiri; sedang anjing mereka menghulurkan dua kaki depannya dekat pintu gua; jika engkau melihat mereka,tentulah engkau akan berpaling melarikan diri dari mereka,dan tentulah engkau akan berasa sepenuh penuh gerun takut kepada mereka.

Dan demikianlah pula Kami bangkitkan mereka( dari tidurnya) supaya mereka bertanya tanya sesama sendiri. Salah seorang di antaranya bertanya: " Berapa lama kamu tidur?"(sebahagian dari) mereka menjawab: " kita telah tidur selama sehari atau sebahagian dari sehari" ( sebahagian lagi dari) mereka berkata "Tuhan kamu lebih mengetahui tentang lamanya kamu tidur; sekarang utuslah salah seorang dari kamu,membawa wang perak kamu ini kebandar; kemudian biarlah dia mencari dan memilih mana mana jenis makanan yang lebih baik lagi halal(yang dijual di situ); kemudian hendaklah ia membawauntuk kamu sedikit habuan padanya;dan hendaklah ia berlemah lembut dengan bersungguh sungguh( semasa dibandar); dan janganlah dia melakukan sesuatu yang menyebabkan sesiapapun menyedari akan hal kamu.

Sesungguhnya, kalaulah mereka mengetahui hal kamu,tentulah mereka akan merejam dan membunuh kamu,atau mereka akan mengembalikan kamu kepada agama mereka ( secara paksa ); dan jika berlaku demikian,kamu tidak sekali kali akan berjaya selama lamanya."
Dan demikianlah Kami dedahkan hal mereka kepada orang ramai supaya orang orang itu mengetahui bahawa janji Allah menghidupkan semula orang mati adalah benar,dan bahawa kiamat itu tidak ada sebarang syak padanya; pendedahan itu berlaku semasa orang orang itu berbantahan sesama sendiri mengenai perkara hidupnya semula orang mati. Setelah itu maka ( sebahagian dari ) mereka berkata: " dirikanlah sebuah bangunan disisi gua mereka,Allah jualah yang mengetahui akan hal ehwal mereka." orang orang yang berkuasa atas urusan mereka (pihak raja) pula berkata: " sebenarnya kami hendak membina sebuah masjid di sisi gua mereka"

(Sebahagian dari) mereka berkata " Bilangan Ashabul Kahfi itu tiga orang,yang keempatnya ialah anjing mereka"; dan setengahnya pula berkata " bilangan mereka lima orang,yang keenamnya ialah anjing mereka', secara meraba raba dalam gelap akan sesuatu yang tidak diketahui;dan setengahnya yang lain berkata: ( Bilangan mereka tujuh orang yang kelapannya ialah anjing mereka", katakanlah (wahai Muhammad): " Tuhanku lebih mengetahui akan bilangan mereka,tiada yang mengetahui bilangan melainkan sedikit", Oleh itu janganlah engkau berbahas dengan sesiapapun mengenai mereka melainkan dengan bahasan (secara sederhana) yang nyata (keterangan di dalam Al Quraan),dan janganlah engkau meminta penjelasan mengenai hal mereka kepada seseorang pun dari gologan(yang membincangkannya)

Dan janganlah engkau berkata mengenai sesuatu (yang hendak dikerjakan): " bahawa aku akan lakukan yang demikian itu, kemudian nanti"
Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata) : " Insya Allah " dan ingatkal serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa; dan katakanlah : "Mudah mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan pertunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini"
Dan mereka telah tinggal tidur dalam gua mereke: tiga ratus tahun (dengan kiraan Ali kitab), dan sembilan lagi (dengan kiraan kamu)

Katakanlah (Wahai Muhammad): "Allah jua yang mengetahui tentang masa mereka tidur;bagiNyalah tertentu ilmu pengetahuan segala rahsia langit dan bumi; terang sungguh penglihatanNya dan jelas sungguh pendengaranNya (terhadap segala galanya)! Tidak ada bagi penduduk langit dan bumi pengurus selain daripadaNya) dan Ia tidak menjadikan sesiapapun masuk campur dalam hukumNya "

( Surah Al Kahfi : 9-26 )

Menurut kepercayaan yang lumrah, Ashabul kahfi yang dikagumi oleh kedua dua sumber Islam dan Kristian, telah berdepan dengan kezaliaman Maharaja Rom bernama Decius. Walaupun mereka sentiasa ditekan oleh ketidak adilan Decius, pemuda pemuda ini tetap mengingatkan kaum mereka agar tidak meninggalkan kepercayaan kepada agama Allah. Akibat daripada sikap kaum mereka yang berbelah bahagi kepada seruan mereka, peningkatan tekanan yang diteriima dari pihak Maharaja dan setelah nyawa mereka terancam, pemuda pemuda tersebut telah meninggalkan kediaman masing masing.

Dokumen dokumen sejarah telah membuktikan betapa kejamnya dasar Maharaja maharaja terhadap golongan yang menegakkan kepercayaan awal kristian dalam bentuknya tulen dan suci

Di dalam suratnya kepada Maharaja Trayanus, Gabenor Rom yang bernama Pilinius (69-113 TM) yang pada masa itu berada di barat laut Anatolia telah memberitahu bahawa " pengikut pengikut Nabi Isa a.s (golongan kristian) telah dihukum kerana mereka enggan menyembah maharaja." Surat ini menjadi dokumen penting yang menerangkan bagaimana orang orang kristian diperingkat awal telah ditekan dengan hebatnya. Di dalam suasana itulah,para pemuda tersebut yang dipaksa mematuhi sistem tanpa agama dan menyembah maharaja seperti tuhan selain dari Allah, telah menolaknya dengan berkata

"Tuhan kami ialah Tuhan yang menciptakan dan mentadbir langit dan bumi;kami tidak sekali kali menyembah Tuhan yang dripadaNya; jika kami menyembah yang lainNya bermakna kami memperkatakan dan mengakui sesuatu yang jauh dari kebenaran."
(mereka berkata sesama sendiri):" Kaum kita itu, menyembah beberapa tuhan yang lain dari Allah; sepatutnya mereka mengemukakan keterangan yang nyata yang membuktikan ketuhanan makhluk makhluk yang mereka sembah itu?( Tetapi mereka tidak dapat berbuat demikian): Maka tidak ada yang lebih zalim dari orang orang yang berdusta terhadap Allah ( Surah Al Kahfi 14-15 )

Terdapat pelbagai pandangan mengenai tempat tinggal sebenar Ashabul Kahfi. kemungkinan yang paling sahih ialah Ephesus Dan Tarsus, hampir semua sumber pihak Kristian menunjukkan lokasi gua ke Epesus sebagai tempat dimana pemuda pemuda ini mendapat perlindungan. Sebahagian penyelidik Islam dan mufassirin Quraan bersetuju dengan pandangan pihak Kristian mengenai Ephesus. Sebahagian yang lain mempunyai hujah hujah yang membuktikan bahawa lokasi gua tersebut bukannya di Ephesus tetapi di Tarsus. kedua dua tempat dihuraikan. namun kesemua penyelidik dan mufassirin termasuk orang orang kristian bersetuju bahawa keadaan itu berlaku semasa pemerintahan Maharaja Rom bernama Decius( yang dikenali sebagai Decianus) di sekitar 250 TM

Decius dan Nero dikenali umum sebagai Maharaja Rom yang paling ganas sekali terhadap orang orang kristian. Semasa pemerintahannya pendek, Decius telah meluluskan undang undang mewajibkan semua orang dibawah pemerintahannya agar melakukan upacara korban kepada tuhan tuhan Rom. Semua diwajibkan melakukan upacara ini dan mendapatkan sijil selepasnya. Sijil itu pula mestilah ditunjukkan kepada pegawai pegawai kerajaan . Mereka yang enggan akan dijatuhkan hukuman mati. Menurut rekod rekod kristian, ramai di kalangan orang orang Kristian telah enggan melakukan penyembahan ke atas berhala berhala dan meninggalkan kampung halamana dan berkelana " dari satu tempat ke satu tempat yang lain". atau menyorok di tempat tempat rahsia. Ashabul Kahfi kemungkinan besar adalah kumpulan awal kristian tersebut.

Walau bagaimanapun,perlu digariskan disini bahawa kisah ini telah diturunkan dalam bentuk bercerita oleh sebahagian ahli ahli sejarah Islam dan Kristian. Lama kelamaan ia menjadi satu lagenda apabila unsur unsur yang tidak benar ditokok tambah kepada kisah yang asal. Namun kisah ini adalah satu fakta sejarah..

0 comments:

Post a Comment