Sunday, November 29, 2009

maafkan ku...

seakan aku baru sahaja melihat dia tersenyum padaku,berbual denganku,dan mengucup dahiku, tetapi kini semuanya telah berlalu menjadi sejarah antara aku dan insan yang amat aku sayangi. aku diberi tempoh selama satu minggu menguruskan segala keperluannya,teringat aku kala dia mengusap kepalaku ketika aku sedang lena dibuai mimpi. dia tidak pernah memarahi aku,dia hanya menasihati aku. selama enam tahun aku meninggalkan dia tanpa berita,Allah memberi aku peluang menjaganya disaat akhir hayatnya. adakah cukup baginya bersamaku? adakah terubat segala rindu dihatinya? aku lemah aku tidak mengenang budi. ibu pernah memberitahuku ketika aku kecil aku selalu di dodoi olehnya. aku ditatang seperti minyak yang penuh, menjadikan adik beradikku yang lain merasa cemburu padaku. tika aku diberi peluang untuk menjaganya dia hanya ingin melihat aku di depan matanya. dan tika aku ingin melangkah pulang, matanya seolah tidak benarkan aku pulang, tetapi aku tidak mengendahkan pandangannya.. kini aku menyesal kerana aku tidak berada di sisi ketika dia menghembuskan nafasnya yang terakhir. dia pergi seorang diri tanpa ditemani oleh keluarga. dia pergi meninggalkan dunia ini dengan sedikit kenangan antara aku dan dia. lembut tanggannya membelai kepalaku,tak akan aku lupakan, kini aku hanya sendiri tanpa ditemani oleh teman yang lain. aku dahagakan kasih sayangnya, aku rindukan belaiannya, maafkan ku... akanku kirimkan doa padamu agar dirimu tenang bersama orang orang yang beriman..

0 comments:

Post a Comment