Monday, October 11, 2010

Prihatin terhadap umat Islam, tapi kurang prihatin terhadap ilmunya

Assalamulaykum pembuka bicara bagi semua pembaca, moga sentiasa dalam rahmat ALLAH SWT,alhamdulillah setelah selesai mengulangkaji pelajaran tiba tiba teringat sesuatu perkara yang seing berlaku di universiti,kolej,institut, mahupun di sekolah, nak tahu apa dia, tentang bila kita menjadi tunjang dalam organisasi sesebuah persatuan ataupun program, selalunya perkara ini terjadi bagi kalangan orang yang menjawat jawatan tinggi dalam sesebuah organisasi.

betapa ramai akhwat dan ikhwan yang terjebak dalam permasalahan ini,sama ada sedar atau tidak sedar, aktiviti yang terlalu padat sehingga tidak sempat berthalabul ilm. waktuyang dia miliki terbatas oleh banyaknya amanah dan tanggungjawab yang harus dipikulnya.seolah olah hanya dia satu satunya akhwat au ikhwan di dunia ini. apatah lagi di kalangan penggiat kampus, yang terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti dan persatuan mahupun program. semua pekerjaan bermula sebagai setiausaha, pengarah program, bahkan pembimbing dan pelindung semua dia sapu. setuasi ini timbul mungkin disebabkan biro hanya pada papan organisasi tetapi tak ada satu pun yang melaksanakan tanggungjawab yang telah diamanahkan pada mereka. apabila mereka yang dilantik sebagai biro oraganisasi atau ahli jawatankuasa mengabaikan amanah,maka akan wujudlah keadaan ini. keadaan ini akan menyebabkan orang lain terpaksa melaksanakan tugas orang lain.

memang payah! kini dia mula merasa betapa dirinya telah cukup hebat. dengan kejayaan melaksanakan tugas sendiri serta tugas yang diabaikan oleh orang lain, membuatkan seseorang itu terasa hebat. lalau dia merasakan bahawa tidak perlu lagi menghadiri majlis ilmu untuk meningkatkan diinya aga menjadi lebih baik. padahal dengan ilmu inilah dia dapat menentukan kejayaan masa hadapannya.

tidak ada waktu yang terbuang,semuanya sudah dipenuhi dengan pekara kebaikan, sibuk, busy dan terus sibuk. kesibukan menyebabkan dia tidak sempat untuk melakukan muhasabah ilmu. membetulkan dan meningkatkan apa yang kurangdan menambah apa yang perlu ditambah.

buku yang tebal dan bagus hanya sempat terlihat kulitnya,tapi tidak pernah punya waktu untuk membaca dan menelaah isinya. ratusan keping cd ceramah, mp3 seminar dan pelbagai lagi bahan ilmu keislaman hanya tinggal dipandang saja, tidak pernah ada kesempatan mendengar dan menelaahnya

keadaan ini perlu diperhatikan,jangan sampai kita menjadi lilin yang memberi terang pada sesama manusia,namun luluh dan menghancurkan diri sendiri tanpa sisa,bersinarlah untuk umat,tetapi jangan lupakan waktu untuk menambah ilmu dan pengetahuan bagi tujuan kebaikan diri sendiri

Rasulullah SAW bersabda : " perkara pertama yang diangkat daripada manusia adalah amanah. perkara terakhir yang tersisa daripada agama mereka adalah solat.betapa banyak orang yang solat,namun tidak mendapat bahagian(pahala solat) disisi ALLAH SWT"

(HR Ath Thabarani)

moga dengan posting kali ini dapat menyedarkan apa yang selama ini kita tidak nampak pada diri kita, tepuk dada tanyalah IMAN kita.. semoga hidup kita sentiasa di dalam rahmatNya.. InsyaALLAH..

0 comments:

Post a Comment