Thursday, December 9, 2010

Serahkan umurmu kepada Allah

Anak gadis itu bernama Fauziah,diapun telah bertunang dengan seorang pemuda yang sangat tampan. Tali percintaan mereka sudah berlangsung lama, dan masing masing telah bersedia menempuh alam rumahtangga. Akan tetapi orang tua Fauziah kurang setuju, kerana Abbas adalah pemuda yang belum mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyara kehidupan mereka berdua, manakala sudah berumahtangga

sangat sedih hati Fauziah memikirkan halangan itu. Abbas bukannya tidak mahu mencari pekerjaan, akan tetapi memang nasibnya belum baik. Di kota Baghdad yang sangat ramai itu, tidak ada sebuah kedai pun yang mahu menerimanya sebagai pekerja. Padahal Fauziah dan juga Abbas sendiri sangat rajin bangun tengah malam mengerjakan solat dan berdoa.

Fauziah mohon kepada Allah supaya dilembutkan hati orang tuanya dan juga berdoa supaya kekasihnya memperolehi pekerjaan yang sesuai. Namun doa ini belum dimakbulkan oleh yang maha kuasa. Bahkan pada suatu hari pada bulan Zulhijjah, tanpa setahu gadis itu, orang tuanya telah menerima pinangan dari seorang saudagar tua.

Alangkah terkejutnya Fauziah menerima berita itu, maka ia lebih tekun lagi bangun malam serta lebih khusyuk dalam berdoa. Dia memohon kepada Allah supaya saudagar tua itu membaalkan niatnya. Namun doa Fauziah belum terkabul. Bahkan saudagar tua itu meminta supaya perkahwinan dilangsungkan secepat mungkin, kerana dia ingin membawa istrinya ke Basrah untuk berniaga.

Selaku anak yang rajin beribadah dan termasuk ke dalamm golongan anak anak yang solehah, Fauziah tidak mahu menyakitkan hati orang tuanya. Ia terpaksa mengikut pilihan ayahnya itu tanpa mengemukakan alasan. Fauziah telah menjadi isteri Abdullah seorang saudagar kaya. begitu sahaja Fauziah menyaksikan suaminya, hatinya terubat, kerana suaminya bukanlah saudagar yang tua umurnya akan tetapi hanya tua pengalamannya. Abdullah masih sebaya dengan Abbas kekasihnya itu.

Selesai kenduri perkahwinan yang dilangsungkan dengan meriah, maka berangkatlah pasangan pegantin baru tersebut menuju kota basrah dengan membawa barisan kafilah yang sangat panjang. Alangkah bahagianya hidup Fauziah bersama suaminya yang sangat penyayang itu.Tidak berapa lama sudah berpindah ke negeri yang baru, Fauziah mendengar berita dari orang tuanya, bahawa Abbas bekas tunangnya itu telah ditangkap oleh pihak penguasa. Rupanya Abbas yang kelihatan halus budi pekertinya itu ternyata perompak besar. kalau pada malam hari ia bangun bukan untuk mengerjakan solat seperti yang diceritakan pada Fauziah, melainkan merompak kafilah atau pedagang yang lalu di tempat sepi. Begitu juga pada waktu siangnya, dia bukan sibuk mencari pekerjaan tapi bermain judi seharian sehingga betapa pun besar hasil rompakannya, semua dihabiskan dimeja judi.

Demikianlah akhirnya Fauziah merasa syukur dan berterima kasih kepada ayahnya yang telah memilih suami yang benar benar bertanggungjawab terhadap dirinya dan anak anaknya. Kini anaknya pun sudah ramai. Orang tuanya telah meninggal dunia dengan tenang. setiap kali dia mengerjakan soalt, ia tidak lupa berdoa untuk orang tuanya, semoga orang tuanya ditempatkan bersama orang orang yang diredhai oleh ALLAH SWT

Sebulan selepas ayahnya meninggal dunia, kini suaminya pula menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan meninggalkan anak bongsu yang berumur 12 tahun. betapa sedihnya hati Fauziah, apalagi ketika mengingat suami pilihan ayahnya itu adalah seorang yang setia dan penyayang. Berhari hari lamanya dia mencucurkan airmatanya, sedangkan badannya sendiri pun mulai sakit. Telah banyak tabib mengubatnya, akan tetapi penyakitnya itu belum sembuh. Urusan perniagaan suaminya diteruskan oleh anak sulongnya, dan ternyata keuntungannya perniagaanya makin bertambah besar. kekayaan makin melimpah ruah. Cuma kalau penyakitnya, Fauziah sangat bimbang kalau kalau meninggal dalam usia yang muda. Maka semakin rajin ia bangun untuk mengerjakan solat malam dan sebelum ia berdoa untuk dirinya sendiri, ia mendahulukan berdoa untuk suaminya dan kedua orang tuanya.

Di dalam doanya tersebut seakan akan ia mengajukan tuntutan kepada Tuhan " Ya Allah, Engkau menjamin dalam firmanMu bahawa Engkau akan mengabulkan doa hamba hambaMu. selama ini doaku selalu Engkau tolak walaupun aku panjatkan khusyuk dan patuh kepadaMu. maka sekali ini aku mohon kepadaMu, kabulkanlah doaku janganlah Engkau cabut nyawaku secara terburu buru, panggillah aku ke hadratMu kalau aku sudah tua nanti " berhembus angin malam yang dingin mengiringi doanya. Besok paginya tiba tiba datanglah seorang nenek tua bertamu kerumahnya. Hati Fauziah berkata kepada Tuhannya " Ya Allah,panjangkanlah umurku seperti umur nenek tua ini "

Lalu Fauziah memanggil nenek tua yang datang untuk mengemis itu dekat dengannya. dengan hormat disuruhnya nenek tua itu duduk. Disuruhnya anaknya menyiapkan makanan yang lazat untuk dihidangkan kepada nenek tua tersebut. Dengan pandangan yang berkilauan, nenek tua itu sangat senang nampaknya. Namun alangkah terkejutnya Fauziah melihat nenek tua itu. Tangannya mengigil ketika mengangkat sudu dan makanan itu bukan dimasukkan ke dalam mulut,akan tetapi masuk kedalam mata dan hidungnya. begitulah berlangsungnya beberapa kali sampai makanan yang dipiring habis. setelah itu nenek tersebut bangun. ditempat nenek itu duduk, berselerakan najis.

Maka Fauziah berkata dalam hatinya " Ya Allah ternyata umur yang tidak terlalu tidak baik, maka aku batalkan doaku yang terdahulu Ya Allah " Seketika itu juga nenek tadi tersenyum kepada Fauziah dan berkata " itulah bukti bahawa Allah maha pemurah kepadamu. tidak bererti bahawa doa yang tidak dikabulkan adalah tanda ketidak adilan Allah. Aku adalah Izrail yang pada hari ini bertugas untuk memanggilmu menuju keindahan dan kenikmatan yang lebih abadi, disana telah siap menanti kedua orang tuamu yang selalu engkau doakan, dan suamimu yang engkau cintai " Maka berangkatlah Fauziah pada hari itu menuju ke tempat peristireharan yang terakhir menghadap Allah SWT denganperasaan yang tenang dan bahagia

4 comments:

iman solehah said...

subhanallah....Allah Maha Mengetahui apa yg terbaik untuk kita,,,boleh jadi ape yang kamu benci itu baik untukmu,,,dan ape yang kamu sukai itu buruk untukmu,,,:D
syukran....cerita yang menarik sangat....:D

Munaqqobah said...

subhanallah, sedih pula baca, mabrouk :)

Ummul Qura' said...

syukran sahabt sekalian ^_^

rendi yulandra said...

untuk saudara "saifunnisa" , saya ingin menanyakan komentar nya,,, apakah berzina yang kita benci baik untuk kita ??
komentar anda sungguh sangat ganjil di hati saya ,,
maaf sebelumnya !!!

Post a Comment